Aktivis Hishamuddin Md Rais ditahan di Dataran Merdeka sementara Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dipanggil sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan di lokasi berkenaan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kedua-duanya kini berada di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk soal siasat.
"Kemungkinan besar mereka berdua akan ditahan malam ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Khamis, enam individu ditangkap polis sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan di Dataran Merdeka.
Mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
Menurut kenyataan PKR pada Jumaat, enam individu berkenaan termasuk dua ADUN PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
Berita lanjut menyusul
Astro Awani
Fri Mar 27 2015
#KitaLawan: Hishamuddin Rais dan Tian Chua ditangkap - Gambar fail
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Maria Chin mahu cabar pertuduhan di bawah APA 2012
Selain Chin, tiga lagi iaitu Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan membuat permohonan sama
Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis
Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan
#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis
Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan merupakan individu diburu polis.
Jimmy Puah antara 4 individu ditahan di perhimpunan #KitaLawan di JB
ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, antara empat individu yang ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di sini, petang semalam.
Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan awal pagi ini, telah dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan reman.
#KitaLawan: Selepas Fariz Musa, Khalid Samad pula ditahan
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan
Fariz Musa ditahan di sini malam ini mengikut Seksyen 134 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang
Peserta perhimpunan #KitaLawan terhenti di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging akibat halangan polis di Jalan Ampang.
Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dengan perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.
'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah
Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa.