Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018 memfokuskan aspek pemanduan selamat oleh penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah ini diambil berikutan statistik kematian membabitkan penunggang motosikal terus merekodkan peningkatan setiap tahun.
Katanya, mengikut statistik kemalangan maut 2016, 62 peratus daripada 7,152 kemalangan membabitkan motosikal.
“Kerajaan tidak hanya mahu sekadar mengenakan kompaun bagi kesalahan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran sehingga dituduh mahu mengutip wang rakyat.
"Matlamat saya nak selamatkan nyawa orang ramai, jadi kita perlu sama-sama wujudkan kesedaran sebab ia tidak babitkan kos," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baru Cina 2018.
Beliau pada masa sama turut mencadangkan semua agensi kerajaan dan swasta untuk mewujudkan Unit Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan.
"Kita tidak boleh ambil ringan isu kemalangan jalan raya sebab itu disarankan semua agensi kerajaan tubuh unit keselamatan jalan raya supaya mereka boleh ingatkan satu sama lain dan bantu rakyat adakan kempen kesedaran.
“Unit keselamatan jalan raya tersebut adalah seperti kewujudan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tapak-tapak pembinaan yang memberi impak besar kepada keselamatan pekerja. Syarikat swasta juga disaran ambil langkah sama," katanya lagi.
Hilal Azmi
Thu Jan 25 2018
![Kita nak selamatkan nyawa, bukan nak kutip kompaun - Tiong Lai Kita nak selamatkan nyawa, bukan nak kutip kompaun - Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516871352_DSLiowLai.jpg)
TIONG LAI: Matlamat saya nak selamatkan nyawa orang ramai, jadi kita perlu sama-sama wujudkan kesedaran - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kita nak selamatkan nyawa, bukan nak kutip kompaun - Tiong Lai Kita nak selamatkan nyawa, bukan nak kutip kompaun - Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516871352_DSLiowLai.jpg)
Kita nak selamatkan nyawa, bukan nak kutip kompaun - Tiong Lai
Mengikut statistik kemalangan maut 2016, 62 peratus daripada 7,152 kemalangan membabitkan motosikal.
![Laluan Basikal Kuala Lumpur: MIROS hanya dipanggil selepas laporan kemalangan Laluan Basikal Kuala Lumpur: MIROS hanya dipanggil selepas laporan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516863655_DrSitiZalehaIshak.jpg)
Laluan Basikal Kuala Lumpur: MIROS hanya dipanggil selepas laporan kemalangan
Selepas kejadian itu, mereka panggil semua pihak berkepentingan dan pada masa sama kami setuju untuk buat kajian impak.