SANDAKAN:Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sabah baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah Dr Peter Lee berkata jabatan itu sedang menyiasat punca kematian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai puncanya selepas semua ujian dijalankan.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji beberapa sampel, termasuk ujian kemungkinan keracunan; dan setakat ini ujian menunjukkan sampel yang diambil tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit berjangkit.
Beliau berkata JPV mengesan kes awal kematian haiwan itu pada 28 Jan lepas semasa mengadakan mesyuarat secara dalam talian dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah, apabila dimaklumkan bahawa 14 ekor haiwan itu didapati mati di sekitar daerah Kinabatangan antara bulan Disember dan Januari lepas.
Menurutnya JPV seterusnya menubuhkan satu pasukan yang dianggotai petugas dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) bagi menyiasat perkara itu.
"Pasukan itu telah mengambil sampel daripada beberapa bangkai yang ditemui, termasuk sampel sumsum tulang bagi ujian "Polymerase Chain Reaction" (PCR) untuk ujian penyakit; serta makanan pepejal untuk ujian toksikologi.
"Bagaimanapun disebabkan hujan berterusan, dan kawasan itu mudah dinaiki air, agak sukar untuk mendapatkan sampel babi berjanggut Borneo di kawasan sama bangkai itu ditemui," katanya.
Lee turut melaporkan bahawa apa jua punca kematian haiwan itu tidak menjejaskan babi tempatan yang berada di kawasan berkenaan, namun menurutnya jabatan itu tidak memandang ringan terhadap sebarang kemungkinan, dan telah meningkatkan pemantauan haiwan itu dalam kawasan dari Kinabatangan sehingga Beluran dan Paitan.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian awal atau menyebar khabar angin yang boleh menimbulkan panik dalam masyarakat.. dan menggesa orang ramai supaya menghubungi segera Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
Punca kematian babi berjanggut Borneo masih disiasat. - Foto Twitter/NatureIn_Focus
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri
Kira-kira 30 ekor 'babi berjanggut Borneo' ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sebah baru-baru ini.