Sebuah kilang memproses ais di Taman Nagasari di sini diarah tutup selama 14 hari selepas didapati mengabaikan aspek kebersihan dan gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Ku Nafishah Ku Ariffin berkata dalam satu pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya mendapati keadaan kilang terbabit sangat kotor dan tidak diselenggara dengan baik.
“Keadaan sanitasinya kurang memuaskan. Daripaga gambar yang didapati, memang tahap kebersihan tidak memuaskan, termasuk lantai, dinding dan kebersihan persekitaran.”
“Penilaiannya di bawah 31. Asalkan di bawah 65, kita akan tutup premis terbabit. Lantainya berlumut, sinki pun pecah dan silingnya bersawang,” kata Ku Nafishah.
Berikutan itu, kilang ais terbabit perlu mematuhi arahan penutupan dan membersihkan premis dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal, tempoh penutupan akan dilanjutkan.
Tambah Ku Nafisah, pihaknya mendapati ada segelintir kilang ais dikenalpasti beroperasi tanpa lesen .
Ujarnya, dalam operasi yang dilakukan di kilang ais di seluruh Pulau Pinang itu, sebanyak 20 premis memproses ais telah diperiksa dan pihaknya mendapati 18 daripadanya tidak memiliki lesen manakala hanya dua premis mempunyai lesen yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sebanyak sembilan notis dikeluarkan ke atas premis kilang ais kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 membabitkan nilai kompaun bernilai RM22,500 dan lapan nilai kompaun oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berjumlah RM1,900.
Operasi itu dijalankan di kilang memproses ais bagi memastikan penyediaan yang dilakukan disempurnakan dengan betul dan bersih selain premis kilang ais memiliki lesen yang dikeluarkan KKM.
Operasi premis makanan itu membabitkan sepasukan 65 pegawai, termasuk anggota Jabatan Kesihatan Negeri, MPPP dan MPSP.
Dalam pada itu, Ku Nafisah berkata operasi akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu memuaskan .
Astro Awani
Thu Oct 30 2014
Kilang proses ais kotor di Pulau Pinang ditutup.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
COVID-19: Klinik di Pulau Pinang diarah tutup
Sebuah klinik di Air Itam di sini, diarah tutup sementara bermula semalam bagi proses disinfeksi oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang selepas seorang daripada pesakitnya disahkan positif COVID-19.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang rampas 48 produk 'mustajab'
Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata produk-produk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.
Kotor dan jijik! 4 kilang proses makanan, restoran ikan bakar popular diarah tutup
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah mengarahkan empat buah kilang memproses makanan dan sebuah restoran ikan bakar terkenal di Seberang Perai Utara selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor.
'Kopi durian' beracun: Dua lelaki dilaporkan stabil
Kedua-duanya yang mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP pada Selasa, kerana mengalami simptom seperti letih dan sangat lemah, dilaporkan tidak mengalami sebarang komplikasi berat.
Kilang proses ais kotor di Pulau Pinang ditutup
Sebuah kilang memproses ais di Taman Nagasari diarah tutup selama 14 hari selepas didapati mengabaikan aspek kebersihan dan gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
Punca kematian kanak-kanak di Mak Mandin disiasat
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun enam bulan yang dipercayai akibat demam dan sakit tekak pada 22 Jun lepas.