Kilang Bihun Bersatu Resources Berhad (KBBR) menafikan pihaknya memproses bihun dan laksa berhampiran sebuah ladang babi dan menegaskan dakwaan di beberapa laman sosial tidak berasas dan berunsur fitnah.
Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB Resources Berhad, Ahmad Zafry Sulaiman, berkata kilang KBBR terletak di kawasan perindustrian Kuala Ketil dan bukannya terletak bersebelahan kandang babi.
Katanya, apa yang tersebar di media sosial itu sebenarnya sebuah kilang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan ia bukan milik KBBR.
"Sebentar tadi media dibawa ke tempat memproses, kita dapati memang ternyata jelas kilang ini tidak berada berhampiran dengan kandang babi.
"Saya rasa tuduhan yang dibuat terhadap kami dalam media sosial itu tidak berasas," katanya.
Berikutan dakwaan terbabit, hasil jualan syarikat terbabit juga terjejas teruk sejak isu itu heboh diperkatakan dan kerugian mencecah 20 peratus untuk tempoh sebulan.
Sehubungan itu, pihak syarikat memberi tempoh dua minggu kepada pemilik blog dan Facebook berkenaan menarik balik dan meminta maaf kerana dakwaan yang dilihat telah menjejaskan reputasi dan imej kilang yang menjadi pembekal utama produk makanan seperti bihun dan laksa di negara ini.
Malah satu laporan polis juga telah dibuat berhubung perkara itu.
Dalam pada itu, pihak syarikat berharap pengguna di negara ini khususnya umat Islam tidak bimbang dengan tahap kebersihan dan kesucian produk keluaran mereka kerana kilang terbabit telah mendapat kelulusan dan mendapat sijil halal dari Jakim.
Ahmad Zafry berkata, kilang KBB Resoursces dibuka sejak 20 tahun lalu mempunyai 7 cawangan iaitu tiga di Kedah , tiga di Sarawak dan satu di Johor telah didaftarkan di Bursa Saham Malaysia.
Kilang ini mengeluarkan lebih 40 jenis produk bihun, laksa dan mee untuk pasaran dalam negara.
KBBR merupakan pengeluar bihun dan laksa utama di negara ini.
Baru-baru ini, isu mengenai kilang memproses bihun ini telah mendapat perhatian ramai selepas kilang itu didakwa memproses bihun dan laksa serta produk lain di dalam kilang yang berhampiran dengan kandang babi dan ia telah tersebar di laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.
Astro Awani
Sat Nov 02 2013
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Kilang nafi proses bihun dan laksa berhampiran kandang babi
Apa yang tersebar di media sosial itu sebenarnya sebuah kilang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan ia bukan milik KBBR.