SEBERANG PERAI:Sebuah kilang makanan di Perai dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pencemaran sungai hingga menyebabkan ribuan ekor ikan di Sungai Perai mati minggu lepas.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kejadian pencemaran di sungai berkenaan.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.
"Kilang tersebut dikompaun sebanyak RM18,000 kerana kesalahan melepaskan efluen dari kilang ke Sungai Perai dan mereka juga diarahkan untuk menghentikan serta-merta aktiviti tersebut,'' katanya di sini, hari ini.
Sharifah Zakiah berkata tindakan kompaun ke atas kilang tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Beliau berkata, JAS akan terus meningkatkan pemantauan di sekitar kawasan Sungai Perai.
Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencemaran boleh membuat aduan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Minggu lepas, ribuan ikan ditemui mati dan terdampar di Sungai Perai, sekali gus menggemparkan penduduk di Taman Kimsar yang melaporkan insiden berkenaan kepada JAS.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Feb 17 2021
![Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613566005_TBKompaun.jpg)
Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar. - Gambar/ JAS
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619602351_Pemandulorilemas.jpg)
Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas
Pemandu lori warga emas yang hilang selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini, pada malam Selasa ditemui lemas.
![Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613566005_TBKompaun.jpg)
Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati
Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.