BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang membongkar makmal memproses dadah jenis syabu yang berselindung di sebalik kilang memproses kertas di Machang Bubok, di sini.
Dalam serbuan pukul 7.30 malam 8 Mac lalu, empat lelaki tempatan termasuk dalang turut ditahan bersama dadah serta peralatan memproses bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai RM2.9 juta.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, sindiket terbabit didalangi mekanik warga tempatan yang mula aktif menjalankan jenayah berkenaan sejak Ogos 2020.
Menurut beliau, siasatan turut mendapati suspek dipercayai mempunyai kepakaran dalam memproses dadah berdasarkan penemuan bahan dan peralatan di kilang tersebut.
“Hasil siasatan yang kita jalankan, makmal ini telah mula beroperasi sejak bulan Ogos 2020. Kilang ini pada peringkat awal beroperasi sebagai kilang kertas dan pada bulan (Ogos) mula operasi untuk proses dadah,” kata Shafee dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini pada Khamis .
Shafee berkata, kesemua dadah tersebut untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan hingga 400,000 penagih.
Katanya, dalam serbuah itu pihaknya merampas 66 kilogram dadah syabu, 37 liter cecair syabu dan 35 tong cecair kimia serta peralatan memproses dadah.
Polis juga, kata beliau, turut menyita tiga buah kereta, rantai leher, wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM281,725.91.
Keempat-empat lelaki tempatan berusia 38 hingga 49 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ujian air kencing ke atas keempat-empat suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 11 2021

Antara dadah serta peralatan memproses bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai RM2.9 juta yang dirampas polis Pulau Pinang. - Gambar Astro AWANI

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Anggota bomba cedera dalam kebakaran kilang di Sungai Petani
Mangsa turut mengalami lecur pada bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Kilang kertas 'port' proses dadah diserbu, syabu RM2.9 juta dirampas
Kesemua dadah yang dirampas untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan hingga 400,000 penagih.