Kementerian Kesihatan hari ini menafikan dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah menghasilkan 'beras palsu' dan menganggapnya sebagai tidak berasas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penafian itu hasil pemantauan kementerian.
Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.
"Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, mereka boleh membuat aduan kepada kementerian sama ada melalui pejabat kesihatan yang terdekat atau laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM): http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhg," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pada 21 Mei lalu, Dr Noor Hisham berkata kementerian telah mengambil maklum isu beras palsu yang tersebar di media sosial yang didakwa dihasilkan di negara China.
Satu rakaman video selama dua minit 30 saat mengenai kewujudan "beras palsu" yang dihasilkan di China tersebar luas di laman media sosial.
Sementara itu, beliau berkata, menurut Padiberas Nasional Berhad (Bernas), majoriti beras import ialah dari Vietnam, Thailand dan Pakistan.
Katanya, import beras dari negara China adalah terlalu kecil kurang daripada 0.01 peratus dari jumlah import keseluruhan kira-kira 800,000 tan metrik.
"Import itu adalah berdasarkan permintaan untuk kegunaan di restoran makanan Jepun dan Korea di negara ini," jelas beliau.
Bernama
Sat Jun 27 2015
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah menghasilkan 'beras palsu.'
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.
ASEAN perlu strategi bersatu tingkatkan industri EV, kata CEO Yinson
ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.
AWANI Tonight 9 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. JS-SEZ could add RM125 bil yearly to GDP
2. Japan faces biggest flu outbreak in 25 years
#AWANIEnglish #AWANINews
1. JS-SEZ could add RM125 bil yearly to GDP
2. Japan faces biggest flu outbreak in 25 years
#AWANIEnglish #AWANINews
Kerajaan perlu labur lebih banyak untuk langkah pencegahan, SDH - Dzulkefly
Dr Dzulkefly menekankan keperluan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan bagi langkah pencegahan dan memberi tumpuan terhadap SDH bagi mewujudkan populasi yang lebih sihat di Malaysia.
AWANI 7:45 [9/01/2025] - Minit tidak didedah | Apa kriteria kelayakan subsidi RON95? | Dialog tiga peguam
- Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedah
- Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 diumum seawal mungkin
- Tidak ada sijil halal, tapi tampal label Muslim Kitchen nak tarik pelanggan Islam
- Niat bantu orang, dua beradik jual ikan 20 sen seekor
- Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 diumum seawal mungkin
- Tidak ada sijil halal, tapi tampal label Muslim Kitchen nak tarik pelanggan Islam
- Niat bantu orang, dua beradik jual ikan 20 sen seekor
AWANI Borneo [9/01/2025] - Bincang dengan PM Jepun | Tidak jejas tugas | Jambatan kedua terpanjang di Sarawak
AWANI Borneo Khamis 9 Januari 2025 bersama Fauzi Zin
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Video dakwaan rasuah tidak jejas tugas Masidi.
Jambatan Muara Lassa, kedua terpanjang di Sarawak mula dibuka kepada kenderaan.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Video dakwaan rasuah tidak jejas tugas Masidi.
Jambatan Muara Lassa, kedua terpanjang di Sarawak mula dibuka kepada kenderaan.
Consider This: DRG Pricing (Part 2) — The Right Prescription for Healthcare Costs?
Medical costs are rising, and so are the premiums for health insurance. To tackle this, the Malaysian government is considering introducing a Diagnosis-Related Group pricing system. But is DRG the right prescription for Malaysia’s healthcare woes, or will it create new challenges for hospitals, doctors, and patients alike? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Consultant respiratory physician at KPJ Damansara Specialist Hospital. He is also the President of MERCY Malaysia.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
Malaysia tidak import beras palsu, keselamatan makanan dijamin - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras palsu seperti yang ditularkan di media sosial kebelakangan ini.
Kilang hasil beras palsu tidak berasas - KP Kesihatan
Orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.