Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac lepas, dibebaskan hari ini.
Pengarah Parol dan Bahagian Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata Dr Mohamad Khir dibebaskan selepas mematuhi syarat parol yang ditetapkan sepanjang menjalani perintah tersebut.
"Mengikut tarikh pembebasan, Dr Mohamad Khir sepatutnya dibebaskan pada 29 Mei ini (Ahad ini) tetapi memandangkan ia jatuh pada hari cuti umum, kita bebaskan beliau pada hari ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Parol Klang di sini.
Terdahulu, Abdul Aziz menyaksikan Dr Mohamad Khir menandatangani dokumen pembebasannya pagi tadi.
Dr Mohamad Khir, 51, menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula 29 Sept tahun lepas setelah Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam untuk diri dan isterinya bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta.
Kesalahan itu dilakukan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Beliau kemudian menjalani perintah parol bermula 29 Mac lepas setelah menjalani hukuman penjara enam bulan.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Dr Mohamad Khir layak mendapat parol kerana telah mematuhi perintah ditentukan oleh Lembaga Parol mengikut syarat yang ditetapkan.
Antara syarat itu ialah hukuman penjara yang dikenakan harus lebih daripada setahun serta kesalahan yang dilakukan bukan dalam kategori kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat Akta Penjara 1995.
"Dr Mohamad Khir layak mendapat parol kerana memenuhi syarat dan telah mengikuti program pemulihan yang dilaksanakan.
"Beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar peraturan penjara," katanya.
Sementara itu, Dr Mohamad Khir berterima kasih kepada pihak penjara kerana telah menjaga beliau dengan amat baik dan menyifatkan pelajaran yang paling bermakna di dalam penjara adalah bagaimana untuk belajar menginsafi kesilapan.
"Bagi saya semua orang ada buat kesilapan. Saya telah terima apa yang berlaku kepada saya dan ia tidak mudah sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol Klang di sini, hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya beliau memperoleh parol disebabkan pilih kasih, sebaliknya jelas Dr Mohamad Khir, beliau tidak pernah melanggar peraturan walaupun peraturan kecil sepanjang jalani hukuman penjara.
Dr Mohamad Khir turut menegaskan bahawa beliau menjalani hukuman penjara sebagai orang biasa dan tidak pernah menerima atau meminta layanan istimewa daripada pihak penjara.
"Di penjara ini, ada kira-kira 200 peraturan kecil (penjara) termasuk tidak boleh menyanyi dan mengangkat kaki. Saya tidak pernah langgar satu peraturan pun...tetapi kalau ada orang kata saya dapat parol sebab favouritism (pilih kasih), ini tidak. Anda perlu lihat rekod saya terlebih dahulu," katanya.
Dr Mohamad Khir turut menyatakan minatnya untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi menjaga kebajikan banduan di penjara setelah melihat keadaan banduan yang diabaikan oleh anggota keluarga.
"Saya cukup sedih... saya tengok banduan yang tidak dilawati (keluarga). Bila lawatan tidak dibuat nak tukar baju pun tiada. Saya merayu kepada keluarga jangan ditinggalkan mereka kerana mereka ini perlukan bantuan.
"Saya dan kawan-kawan ada berbincang untuk tubuhkan yayasan bagi membantu kumpulan ini. Mereka ini sangat kesian kerana penjara akan bagi baju sepasang untuk setahun jadi bayangkanlah," katanya.
Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Dr Mohamad Khir berkata beliau akan menumpukan perhatian kepada keluarganya.
"Tentang politik buat masa ini saya tidak memikirkan tentang itu, untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, saya sedia untuk membantu sekiranya diperlukan," kata bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu.
PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Bernama
Fri May 27 2016

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac lepas, dibebaskan hari ini. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Khir Toyo selesai jalani parol
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac lepas, dibebaskan hari ini.