Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa amalan khatan bayi perempuan sebagai pencabulan terhadap hak wanita, Dr Dzulkefly berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan seperti itu.
"Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM dan kita perlu cermat dalam isu ini kerana ia menyinggung banyak aspek termasuk sosial dan budaya," katanya.
BACA: Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan
Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018 di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Suhakam pada Rabu bahawa Putrajaya telah mengelirukan kajian Laporan Berkala Sejagat (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai 'tanggungjawab budaya' di Malaysia.
Dr Dzulkefly berkata kerajaan tidak akan bertindak kerana tekanan sama ada dari dalam atau luar negara, sebaliknya akan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat supaya isu itu dapat ditangani dengan baik.
"Isu bantah dan sokong ini biasa dalam amalan demokrasi, tetapi akhirnya kerajaan akan membuat satu pendirian dengan cermat dan bukan mengikut emosi," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu berkhatan bayi perempuan di negara ini.
Menurut Dr Wan Azizah, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, serta menambah walaupun ia dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan amalan FGM yang diamalkan dalam kalangan wanita di Afrika.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018

DR DZULKEFLY: Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM. -Gambar fail/BERNAMA
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Khatan bayi perempuan di Malaysia berbeza - Dr Dzulkefly
Beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.