KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap khidmat pantauan dan teleperubatan pesakit selepas discaj 'EM Watch' yang kini diguna pakai di dua hospital utama dapat diperluaskan ke hospital lain membabitkan pelbagai jabatan.
Beliau berkata, penggunaan EM Watch pada masa ini hanya untuk Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh telah memanfaatkan seramai 926 pesakit sejak diperkenalkan bermula 8 Feb 2021 sehingga 31 Okt lepas.
"Perkhidmatan EM Watch ini merangkumi aspek yang serupa sebagaimana pesakit di Wad Pemerhatian Jabatan Kecemasan, melibatkan pemeriksaan susulan keadaan pesakit oleh doktor, e-priskripsi ubat, sijil cuti sakit (MC), surat rujukan ke hospital atau klinik, pemberitahuan keputusan ujian darah dan sebagainya.
"Bezanya ia dilakukan secara maya kerana pesakit boleh berjumpa dengan doktor secara dalam talian di rumah atau di mana sahaja dan ini memudahkan pesakit dari banyak segi selain boleh mengurangkan kesesakan dan juga mengosongkan (ruang) kubikel untuk pesakit yang lebih kritikal," kata beliau pada majlis pelancaran khidmat EM Watch di HKL hari ini.
Khairy berkata, EM Watch mengguna pakai cHEART; satu aplikasi kesihatan, dibangunkan oleh syarikat pemula teknologi tempatan Data8 dengan menggunakan teknologi rantaian blik untuk keselamatan data.
Projek itu adalah inisiatif di bawah Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menggalakkan projek inovasi tempatan dalam penggunaan teknologi baharu untuk menyelesaikan permasalahan awam.
Bagi mendapatkan khidmat EM Watch, Khairy berkata, pesakit perlu memenuhi kriteria ditentukan, selain harus memuat turun dan mendaftar di aplikasi cHEART dengan tarikh untuk telekonsultasi bersama doktor akan ditetapkan oleh pihak hospital.
Turut hadir pelancaran tersebut, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan merangkap Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
Khairy Jamaluddin berharap khidmat pantauan dan teleperubatan pesakit selepas discaj 'EM Watch' yang kini diguna pakai di dua hospital utama dapat diperluaskan ke hospital lain membabitkan pelbagai jabatan. - Gambar BERNAMA
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah
Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran jus minuman campuran pelbagai jenis dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan di sini 7 Nov lepas.
Kes polis bunuh pelajar: Tertuduh angkat Zaharif 'seperti dalam keadaan marah' - Saksi
Seorang saksi memberitahu mahkamah Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak mengangkat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, ke tepi bahu jalan seperti dalam keadaan marah.
Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi
Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Mengenang Tun Daim Zainuddin - Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa hiba atas pemergian rakan seperjuangannya, Tun Daim Zainuddin, yang bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga pejuang ekonomi yang setia
Dalam panggilan eksklusif bersama Astro Awani, bekas Perdana Menteri itu berkata kehilangan daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara/
Kita ikuti rakaman penuh perkongsian Tun Dr Mahathir..
Dalam panggilan eksklusif bersama Astro Awani, bekas Perdana Menteri itu berkata kehilangan daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara/
Kita ikuti rakaman penuh perkongsian Tun Dr Mahathir..
Mengenang ketokohan Tun Daim Zainuddin - Azam Shairi
Pengarang (Operasi dan Komunikasi Strategik) Media Selangor, Noor Azam Shairi berkongsi pengalamannya menemubual Tun Daim Zainuddin sekitar 2019.
Jenazah Tun Daim selesai disembahyangkan
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
PM Jepun jalani pemeriksaan kesihatan kedua dalam tempoh 5 hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kali kedua di tengah-tengah kebimbangan selepas beliau dilihat terlelap seketika semasa sesi parlimen.
Khairy harap 'EM Watch' diperluas ke hospital lain
Khidmat pantauan dan teleperubatan pesakit selepas discaj 'EM Watch' kini hanya dipakai di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.