Pasukan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan telah menerima 57 panggilan kebakaran termasuk 12 kes kemalangan jalan raya, pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Pengarah Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khairudin Drahman berkata panggilan-panggilan di antara 1 hingga 13 Ogos itu, melibatkan kerugian RM2.5 Juta dan harta benda yang dapat diselamatkan adalah lebih daripada RM7 Juta.
“Kebanyakan kejadian disebabkan oleh aliran elektrik yang tidak disenggara serta kecuaian orang ramai yang tidak mengambil perhatian keselamatan ketika meniggalkan kediaman,” katanya.
Menurutnya lagi, hanya satu kes sahaja yang dipercayai perbuatan khianat kebakaran di Datuk Keramat dan tiada panggilan palsu oleh orang ramai dilaporkan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Ops Hari Raya 2013 di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.
Khairudin berkata terdapat penurunan panggilan kebakaran antara Julai 2012 dan Julai 2013 iaitu dari 1,736 kepada 1,138.
Beliau turut berkata kerugian pada tahun 2012 adalah sebanyak RM88.6 Juta manakala bagi tahun 2013, sebanyak RM59.7 Juta.
Jumlah panggilan palsu juga menurun secara mendadak iaitu daripada 72 panggilan pada 2012 kepada 22 panggilan pada tahun 2013.
Ini merupakan kempen bersama bomba dengan masyarakat setempat berjaya dan kempen akan di teruskan di masa hadapan.
Astro Awani
Wed Aug 14 2013
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Khairudin: Kebanyakkan kejadian kebakaran semasa Aidilfitri berlaku kerana kecuaian
Pasukan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan telah menerima 57 panggilan kebakaran termasuk 12 kes kemalangan jalan raya, pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lepas.