Kezaliman tentera Jepun menembak mati bapanya pada tahun 1942 meragut zaman kanak-kanak Choo Kim Sang yang terpaksa memikul tanggungjawab bersama menyara keluarga seawal usia tujuh tahun.
Choo, 85, berkata kematian bapanya, Choo Kim Meng pada usia 36 tahun akibat ditembak pada bahagian perut semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bekerja, hanya diketahui mereka sekeluarga sehari selepas kejadian.
Mengimbas kisah sedih yang menimpa keluarganya lebih tujuh dekad, Choo yang kini menetap di Sungai Lembing di sini berkata wakil tentera Jepun datang ke rumah mereka di Galing untuk memaklumkan kepada ibunya Cheong Lian Moi, bahawa suaminya 'sudah mati ditembak'.
"Emak diberitahu mayat ayah masih berada di tepi jalan dan minta supaya mayat itu diambil atau akan dibiarkan begitu saja. Kami hanya dimaklumkan ayah ditembak kerana melanggar arahan berkurung daripada pihak Jepun yang sedang marah ketika itu.
"Mengikut cerita rakan sekerja ayah, tentera Jepun sedang mencari siapa yang melaporkan tali barut Jepun kepada komunis kerana pada hari itu, ada tali barut yang ditembak bintang tiga (komunis)," katanya ketika ditemui Bernama.
Ketika kejadian, Choo berkata bapanya yang bekerja sebagai penjaga generator di bandar Kuantan berkeras mahu pulang ke rumah selepas tamat syif pada pukul 11 malam kerana bimbang dengan keselamatan keluarga tanpa lelaki dewasa di rumah.
Kehilangan mengejut suami menyebabkan ibunya yang baharu berusia 31 tahun ketika itu buntu memikirkan nasib empat cahaya mata yang masih kecil selain tidak mempunyai saudara-mara di Tanah Melayu kerana berhijrah dari Guangdong, China selepas berkahwin.
"Orang Jepun (yang memaklumkan kematian ayah) bertanya jumlah anak dan bila dijawab anak sulung berusia 14 tahun, mereka arahkan abang bekerja. Begitu mudah mereka bercakap sedangkan kami kehilangan tempat bergantung. Malah adik perempuan bongsu langsung tidak mengenali ayah kerana semasa itu usianya baharu enam bulan.
"Emak melakukan pelbagai kerja selepas itu... menjual kuih, membela babi dan menoreh getah. Seawal usia tujuh tahun saya sudah membantu emak menoreh dan berjalan memikul tong berisi susu getah sejauh dua kilometer setiap hari ke kilang untuk dijadikan getah sekerap," katanya.
Choo yang mempunyai empat anak dan enam cucu menambah, kezaliman Jepun menyebabkan hanya dia dibenarkan ke bandar untuk membeli barangan keperluan, kerana golongan wanita khususnya yang muda dinasihatkan bersembunyi jika melihat tentera Jepun kerana takut diperkosa.
Malah, ibu sering mengingatkannya untuk tidak melawan dan tunduk hormat kepada tentera Jepun setiap kali bertemu, supaya tidak ditampar atau lebih bimbang akan diperlakukan lebih teruk jika menimbulkan kemarahan mereka.
"Paling takut jika ada lori Jepun masuk ke kampung kerana mencari pengintip komunis. Setiap kali lori datang, kami diarahkan duduk diam di rumah. Jika ditangkap, walaupun tanpa bukti akan dibawa untuk diseksa sehingga mengaku atau paling teruk dipancung," katanya.
Jika ditanya kekesalannya daripada zaman itu, Choo secara berseloroh menjawab satu-satunya yang dikesalkan ialah tidak menyimpan wang Jepun yang dipanggil 'duit pisang' kerana mempunyai motif tanaman tersebut.
"Duit pisang mula hilang nilai apabila diberitahu tentera Jepun akan kalah. Jika saya menyimpannya, mungkin kini nilainya sudah tinggi dan itu akan menjadi satu-satunya perkara baik buat saya hasil daripada penjajahan Jepun di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020
Mangsa kekejaman tentera Jepun Choo Kim Sang, 85, membersihkan gambar mendiang ibunya Cheong Lian Moi ketika ditemui di rumahnya di Sungai Lembing baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Kezaliman tentera Jepun ragut zaman kanak-kanak
Kezaliman tentera Jepun menembak mati bapanya pada tahun 1942 meragut zaman kanak-kanak Choo Kim Sang yang terpaksa memikul tanggungjawab bersama menyara keluarga.