Sistem kewangan Islam mampu memainkan peranan penting bagi menyelesaikan satu daripada tiga isu dan cabaran utama yang mendepani dunia global semasa dan masa hadapan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sistem kewangan Islam berpotensi menyediakan keperluan kewangan bagi menyelesaikan matlamat pembangunan global yang mapan serta krisis kemanusiaan dihadapi sekarang.
Titah baginda, Bank Pembangunan Islam (IDB) melaporkan nilai pengeluaran wakaf di India sahaja bernilai RM100.8 bilion (AS$24 bilion) manakala pembayaran zakat secara konservatifnya antara RM840 bilion (AS$200 bilion) hingga RM2,520 bilion (AS$600 bilion) beredar di seluruh dunia setiap tahun.
"(Ia bermakna) Hanya sebahagian kecil zakat sahaja mampu memenuhi kadar minimum pembiayaan defisit global bagi tahun 2015," titah baginda ketika menyampaikan titah diraja sempena Dialog Pangkor 2017 di sini pada Isnin.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq, Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr Mazalan Kamis dan Penyelaras Residen UNDP ke Malaysia, Singapura dan Brunei, Stefan Priesner.
Sultan Nazrin bertitah, keperluan penyelesaian oleh sistem kewangan Islam menjadi semakin penting memandangkan 90 peratus daripada krisis kemanusiaan sekarang berlaku di negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) manakala 31 daripada 33 konflik semasa berlaku di negara majoriti Islam.
Justeru itu, titah baginda, pelbagai institusi kewangan Islam sedang berusaha memastikan instrumen seperti wakaf, zakat dan sukuk boleh disalurkan secara berkesan dan cekap untuk memenuhi keperluan berkenaan, walaupun menyedari ia bukan tugasan mudah.
Baginda juga bertitah, terdapat keperluan untuk mengkaji semula indikator yang digunakan bagi menilai pembangunan sesebuah negara atau kemajuan manusia.
Titah baginda, ini kerana, pertumbuhan ekonomi pantas semata-mata tidak boleh menjadi petunjuk terhadap kesejahteraan sosial serta kestabilan ekonomi.
"Prestasi ekonomi negara biasanya dinilai melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta indikator ekonomi yang lain.
"Bagaimanapun, kejayaan dalam mencapai matlamat pembangunan negara seharusnya tidak boleh dinilai menggunakan indikator ekonomi semata-mata kerana ada kalanya pembangunan ekonomi dilakukan tidak mendatangkan kesejahteraan sosial serta memberi kesan terhadap alam sekitar," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, satu lagi isu yang dihadapi ialah masa depan pekerjaan kerana banyak daripadanya tidak akan wujud lagi pada masa akan datang.
Titah baginda, terhadap kajian yang menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 jenis pekerjaan sekarang akan dilakukan oleh mesin atau penggunaan teknologi.
Malah, baginda bertitah, perubahan teknologi bukan hanya mengubah jenis pekerjaan manusia tetapi juga tempat bekerja yang memerlukan sesebuah kerajaan memikirkan sistem pendidikan sesuai bagi memastikan jenis pekerjaan yang boleh diisi oleh generasi akan datang.
Baginda turut mengulas mengenai lima aliran utama global yang sedang berlaku iaitu bagaimana kemajuan teknologi mengubah dunia dan cara manusia hidup; kedinamikan demografi termasuk pertambahan penduduk, penuaan, migrasi dan perbandaran; serta masalah kemiskinan dan ketidakadilan masyarakat yang masih wujud.
Titah baginda, ia juga membabitkan krisis alam sekitar yang semakin meruncing dan kelima, isu keganasan, konflik serta krisis kemanusiaan yang masih berlaku dan memberi kesan terhadap kehidupan berjuta manusia serta memberi kesan terhadap sebarang prospek pembangunan.
Kira-kira 1,200 peserta terdiri pelbagai golongan termasuk peneraju industri, pemimpin politik, ahli akademik, pembuat dasar, penjawat awam dan pelajar menyertai program selama dua hari bertemakan `Memacu Masa Hadapan: Landasan Inovatif Ke Arah Pembangunan Mapan' itu.
Dialog pangkor 2017 turut menampilkan pembentang antabangsa, antaranya Angkasawan Wanita Amerika Syarikat, Dr Catherine Cady Coleman, Datuk Bandar Oklahoma, Mick Cornett, pemegang rekod dunia Paralimpik Singapura, Dr William Tan serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 11 2017

SULTAN NAZRIN: Terdapat keperluan untuk mengkaji semula indikator yang digunakan bagi menilai pembangunan sesebuah negara atau kemajuan manusia.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

COVID-19 ragut lebih 1.03 juta nyawa di seluruh dunia
Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi catat kematian iaitu 209,318.

Jumlah kes COVID-19 global cecah 30.3 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 peringkat global melepasi angka 30.3 juta kes. Ia berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah korban akibat COVID-19 kini lebih 942,000
Menurut statistik Johns Hopkins University, angka kematian global itu meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

COVID-19: India rekod 2.5 juta kes jangkitan
Negeri di bahagian barat iaitu Maharashtra paling teruk terjejas dengan lebih 500,000 kes diikuti Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.

Tahap kerisauan rakyat Malaysia terhadap pengangguran meningkat - Ipsos Malaysia
Menurut kajian selidik, Ipsos Malaysia, kadar kerisauan pengangguran yang dilakukan menerusi tinjauan dalam talian terus meningkat kepada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada April.

Perang dagang perlu selesai dengan perundingan, bukan membuli - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua negara termasuk negara kuasa besar agar perang dagang yang berlaku ketika ini diselesaikan dengan perundingan.

Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.

Panas Bumi pilihan raya
Dalam sibuk berkempen pilihan raya, kita seakan terlupa sambutan Hari Bumi pada 22 April yang lalu.

Sisi Berita Global
Kalau dahulu, medium untuk mendapatkan maklumat adalah daripada sumber akhbar. Kini ada radio, televisyen, malah Internet.