KOTA KINABALU: Kerajaan akan memastikan keupayaan mesin pengimbas di semua laluan masuk di negara ini dapat ditingkatkan untuk membasmi kegiatan penyeludupan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sehubungan itu, katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara ini, termasuk di pelabuhan, dapat dioptimumkan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata semua laluan masuk di negara ini perlu mempunyai mesin pengimbas yang lengkap, dan menurutnya kebanyakan kes-kes penyeludupan yang berlaku adalah berpunca daripada sistem pengimbas yang kurang berkesan.
"Kita tahu hanya peningkatan sistem pengimbas di laluan masuk adalah langkah utama untuk mengatasi masalah penyeludupan, selain maklumat daripada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas meninjau keberkesanan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.
Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman.
Ahmad berkata kos bagi mewujudkan mesin pengimbas di pelabuhan adalah kira-kira RM20 juta, manakala mesin pengimbas bagasi di lapangan terbang hanya sekitar RM500,000.
Menurutnya dengan keberkesanan mesin pengimbas, semalam JKDM Sabah berjaya menahan satu kontena berisi daging khinzir yang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini yang dianggar bernilai RM300,000 dengan nilai duti serta cukai terlibat dianggarkan RM65,700.
"Bertindak berdasarkan hasil penilian risiko imbasan mesin pasukan serbuan daripada Bahagian Penguatkuasan Tawau dan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Tawau telah menahan kontena dari Hong Kong yang diikrarkan sebagai mengandungi Potato French Fries itu.
"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat daging khinzir dalam kontena berkenaan. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.
Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Sabah berjaya mengutip lebih RM1.79 bilion cukai sepanjang tahun lepas.
"Cukai yang dipungut adalah antaranya hasil kastam iaitu lebih RM1.21 bilion. Saya berharap kutipan hasil cukai dapat ditingkatkan lagi tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Ahmad berkata, JKDM akan kenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara dapat dioptimumkan dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Keupayaan mesin pengimbas laluan masuk negara akan ditingkatkan - Ahmad Maslan
JKDM akan kenal pasti semua kaedah untuk memastikan sistem pengimbas di laluan masuk di seluruh negara dapat dioptimumkan dari semasa ke semasa.
Mesin pengimbas lapangan terbang: Asal berbunyi, semua kena raba - Bung
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan kualiti mesin pengimbas di lapangan terbang negara ini berkualiti amat rendah.