KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, yang melonjak kepada RM1.96 bilion berbanding RM941.73 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Dalam kenyataannya pada Khamis, bank keempat terbesar Asia Tenggara dari segi aset itu berkata, pendapatannya juga meningkat dipacu oleh pertumbuhan pinjaman manakala margin faedah bersih (NIM) berkembang daripada gabungan pembiayaan diurus secara cekap serta rosot nilai lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, perolehan hasilnya bagi suku berkenaan susut kepada RM11.34 bilion daripada RM11.79 bilion sebelum ini.
Kumpulan itu mencatat pertumbuhan pendapatan operasi bersih lebih kukuh sebanyak 9.3 peratus kepada RM6.17 bilion berbanding tempoh setahun sebelumnya manakala kerugian rosot nilai berkurangan kepada RM567.2 juta daripada RM1.74 bilion pada suku sama tahun lepas.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2021 (separuh pertama tahun kewangan 2021), keuntungan bersih kumpulan melonjak kepada RM4.35 bilion berbanding RM2.99 bilion sebelum ini manakala hasil berkurangan kepada RM23.56 bilion daripada RM25.03 bilion, sebelum ini.
Menurutnya, Maybank juga menyaksikan penurunan pendapatan berasaskan fi bersih sebanyak 16.5 peratus kepada RM3.50 bilion daripada RM4.19 bilion bagi tempoh sama 2020 dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan pelupusan pelaburan yang lebih rendah dan kerugian di pasaran.
Selain itu, Lembaga Pengarah Maybank telah mengisytiharkan dividen interim tunggal satu peringkat sebanyak 28 sen sesaham di bawah Pelan Pelaburan Semula Dividen kumpulan itu.
"Dividen ini merangkumi 14 sen sesaham menerusi bayaran secara tunai serta bahagian boleh pilih sebanyak 14 sen sesaham dan boleh dilaburkan semula bagi saham-saham biasa baharu atau dibayar secara tunai.
"Jumlah pembayaran dividen untuk pemegang saham dianggarkan RM3.27 bilion atau 75.2 peratus daripada keuntungan bersih separuh tahun sebanyak RM4.35 bilion," katanya.
Merujuk aspek mudah tunai dan kekukuhan modal, Maybank komited untuk terus mengekalkan kedudukan mudah tunai tersebut dengan nisbah liputan mudah tunai sebanyak 137.2 peratus manakala nisbah pinjaman kepada deposit pada 89.3 peratus.
Dari segi pertumbuhan pinjaman, operasi di Malaysia meningkat kukuh sebanyak 4.7 peratus bagi pinjaman kasar untuk tempoh separuh pertama tahun kewangan 2021, sekali gus mengatasi pertumbuhan industri pada 3.4 peratus.
Di Singapura, pertumbuhan pinjaman Maybank meningkat 8.7 peratus bagi tempoh tersebut dan mengatasi pertumbuhan industri sebanyak 2.1 peratus manakala Indonesia merekodkan penurunan 15.0 peratus berikutan impak berterusan pandemik COVID-19.
Maybank berkata, nisbah pinjaman rosot nilai kasarnya susut kepada 2.18 peratus pada Jun 2021 berbanding 2.49 peratus pada tempoh sama tahun lepas manakala liputan kerugian pinjaman bagi Jun 2021 terus meningkat kepada 114.8 peratus daripada 90.5 peratus pada setahun sebelum ini.
Selain itu, keuntungan sebelum cukai bagi perniagaan perbankan Islam kumpulan itu meningkat kepada RM2.34 bilion pada separuh pertama 2021 berbanding RM861.6 juta setahun sebelum ini dan jumlah pembiayaan kasar meningkat kepada RM211.1 bilion.
"Bagi tempoh setakat Jun 2021, bahagian pembiayaan Islam merupakan 63.8 peratus daripada jumlah pembiayaan domestik Maybank. Malah, Maybank Islamic berada di kedudukan pertama Malaysia membabitkan bahagian pasaran aset Islam sebanyak 29.3 peratus," katanya.
Segmen perniagaan insurans Etiqa dan Takaful mencatat peningkatan pendapatan operasi bersih sebanyak 6.9 peratus kepada RM919.0 juta bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2021.
Dalam pada itu, Maybank berkata, setakat Ogos 2021, dianggarkan 27.1 peratus daripada jumlah pembiayaan di Malaysia telah ditawarkan menerusi bantuan bayaran balik, program bantuan, penjadualan dan penstrukturan semula manakala di Indonesia sebanyak 15.3 peratus dan Singapura 6.1 peratus.
Sementara itu, mengulas prestasi Maybank, Pengerusinya, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kumpulan itu kekal berhati-hati terhadap momentum pertumbuhan serantau secara menyeluruh berikutan peningkatan semula kes COVID-19 beberapa bulan lepas.
"Namun, Maybank kekal komited untuk membantu golongan yang terjejas menerusi penyelesaian kewangan kami selain bantuan masyarakat agar dapat bersama-sama mengharungi pandemik ini dengan selamat," katanya.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias pula berkata, sejajar jangkaan separuh kedua 2021 yang lebih mencabar, kumpulan tersebut akan meneruskan strategi dengan tumpuan terhadap aspek pengurusan risiko yang lebih tangkas, memperkukuh modal serta mengembangkan asas deposit akaun semasa dan simpanan bagi menyediakan penampan mencukupi untuk menghadapi sebarang keadaan di luar jangka.
"Bagi kemajuan masa depan, kami akan terus memperkukuh keupayaan digital serta menumpukan usaha inovasi selain melonjakkan komitmen kemampanan yang dipercayai dapat memberi kelebihan daya saing untuk Maybank bagi mencapai agenda pertumbuhan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
![Keuntungan bersih suku kedua Maybank melonjak kepada RM1.96 bilion Keuntungan bersih suku kedua Maybank melonjak kepada RM1.96 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625659486_maybank.jpg)
Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, yang melonjak kepada RM1.96 bilion berbanding RM941.73 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584424236_maybank.jpg)
Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
![Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738359780_TBMaybank.jpg)
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
![BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732803096_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
![Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736998555_Maybankakaun.jpg)
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
![Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736144444_MoneyLock.jpg)
Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun
Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, dan lain-lain.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
![Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024 Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722601689_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal dagangan hari terakhir 2024
Pada pukul 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.39 mata kepada 1,637.29 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.