Pelantikan baharu bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin diumumkan esok.
Azyyati Ahmad
Mon May 14 2018
Dzulkifli, 52 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu akan dibuat bagi memudahkan siasatan ke atas beberapa individu yang didakwa terlibat dalam kes rasuah.
Dr Mahathir juga berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa individu termasuk dengan bekas pegawai kanan SPRM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Dzulkifli, 52 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam satu kenyataan, Dzulkifli berkata beliau akan kembali melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara esok.