PORT DICKSON: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, menculik dan menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, dekat sini, dua minggu lepas.
Tertuduh M. Murugan, 44, seorang ketua pengawal keselamatan dan penganggur Wong Yon Kuan, 43, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret V. Vanita.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tiada ikat jamin dibenarkan.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh bersama-sama tiga individu yang masih bebas didakwa membunuh juruteknik, A. Vasudevan, 39, di Bandar Springhill, Lukut, di sini, antara jam 5.40 pagi hingga jam 9.45 pagi pada 13 Nov lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Murugan dan Wong bersama tiga individu yang masih bebas didakwa melarikan Vasudevan pada masa dan lokasi sama dan didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa bersama-sama tiga individu yang masih bebas menyamar sebagai sebagai penjawat awam iaitu anggota polis pada isteri mangsa, S Hindumathy, 38, di tempat dan masa sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nur Athirah Zainuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam T. Harpal Singh.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan memaklumkan polis sedang mengesan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya mereka ialah A. Davadas, 41, beralamat di Rawang, Selangor; S. Panirselvam, 31, (Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur); P. Xavier, 42, (Rawang) dan C. Murugan (Romeo),40, dari Selayang, Selangor.
Mengikut laporan media, tertuduh menyamar sebagai anggota polis telah berkunjung ke rumah mangsa dan memaklumkan kedatangan mereka untuk siasatan kes samun dan seterusnya meminta isteri mangsa mengeluarkan barangan kemas hasil daripada samun dilakukan oleh suaminya.
Kemudian tertuduh mengarahkan mangsa mengikut mereka dengan menaiki sebuah van di hadapan rumah. Bagaimanapun, mangsa enggan menyebabkan tertuduh memukul dan mengheretnya ke dalam van sebelum dilarikan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 4.30 petang pada hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
![Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637659114_Dualelaki.jpg)
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Gambar/ Sinar Harian
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637659114_Dualelaki.jpg)
Ketua pengawal keselamatan, penganggur didakwa culik, bunuh juruteknik
Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, menculik dan menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut.