Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bebas daripada wabak COVID-19.
Menurut Asyraf, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat dua hari lalu negatif.
“Alhamdulillah, menerima keputusan ujian saringan Coronavirus (COVID-19) awal pagi ini yang menunjukkan keputusan NEGATIF.
“Memang mendebarkan kerana terima telefon daripada pihak hospital pukul 1 pagi waktu saya sudah tidur. Bangun pukul 5.30 pagi, menyedari ada ‘miss call’ daripada hospital, terus sahaja saya telefon dan dimaklumkan keputusan ujian saringan,” kata beliau.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkongsi berita itu di akaun sosial medianya pada pagi ini.
Dalam perkongsian itu juga, Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada semua yang bertanya khabar dan mengambil berat mengenai ujian saringan yang dilakukan oleh beliau termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Saya mengambil kesempatan di sini untuk pertamanya menjunjung kasih kepada KDYMM SBP YDP Agong atas doa dan keprihatinan baginda kepada saya dan keluarga, kepada semua rakan-rakan yang telah mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga dan kepada kakitangan Hospital KPJ Selangor yang bekerja tanpa mengira masa dalam menangani wabak COVID-19 ini,” tulis Asyraf lagi.
Asyraf turut memberitahu, beliau dan keluarga akan berada di rumah dan menjalani ‘kuarantin diri’ hingga selesai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diarahkan oleh kerajaan.
Pada Selasa, Asyraf menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 selepas mendapat berita Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua mereka pernah diundang sebagai ahli panel dalam forum Wacana Sinar Harian pada 12 Mac lalu.
Astro Awani
Thu Mar 19 2020
Menurut Asyraf, beliau akan menjalani kuarantin diri hingga selesai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diarahkan oleh kerajaan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Pemuda UMNO bebas COVID-19
Asyraf Wajdi Dusuki bebas daripada wabak COVID-19.