Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi pelaksana di negeri ini sentiasa membudayakan amalan integriti, akauntabiliti serta tadbir urus dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Beliau berkata semua ketua jabatan dan agensi pelaksana di Sabah juga perlu memantau dan memastikan setiap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan golongan sasar di peringkat akar umbi.
"Perkara itu sangat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat. Aspek ini amat penting untuk dititikberatkan pada setiap masa agar rakyat sentiasa memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan khususnya sektor awam dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, adil dan telus di semua peringkat," katanya.
Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini malam tadi.
Seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), dan agenda pembangunan yang lain, Musa berkata kerajaan komited untuk terus melaksanakan pendekatan, strategi dan pembangunan secara holistik.
"Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kelembapan ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negeri kita dijangka akan terus kukuh dan mampan. Kita juga akan menguruskan perbelanjaan dan sumber-sumber negeri secara berhemah bagi memperkukuh lagi fundamental ekonomi dan kedudukan kewangan negeri," katanya.
Musa berkata untuk memastikan kejayaan tersebut, ia memerlukan sokongan yang padu dan jitu daripada semua pihak termasuklah dalam kalangan pemimpin, anggota perkhidmatan awam, sektor swasta dan rakyat pada keseluruhannya.
"Saya yakin, bahawa dengan sokongan jitu dan kerjasama padu yang berterusan, insya-Allah kita akan dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab itu demi kesejahteraan kita dan masa depan generasi yang akan datang," tambah beliau. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016
MUSA: Budaya amalan integriti sangat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat. - Gambar fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Sistem 'lampu isyarat', penarafan PBT tahun depan - KPKT
Inisiatif itu sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan lebih akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus tempatan.
Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Shamsul Iskandar dilantik Bendahari CPA
Bendahari dilantik selama tiga tahun oleh Perhimpunan Agung dan bekerjasama dengan Setiausaha Agung CPA dan Sekretariat Ibu Pejabat CPA untuk memantau kewangan persatuan.
ADUN Perak perlu isytihar harta
Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka, harta milik pasangan masing-masing, anak-anak dan akaun pemegang amanah, kepada Speaker DUN dalam masa tiga bulan selepas usul diluluskan.
Statut Rom: Pensyarah perlu bertanggungjawab - Maszlee
Beliau berkata ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.
Dewan Rakyat lulus tiga akta, beri kebebasan mahasiswa berpolitik di kampus
Selain AUKU, dua lagi ialah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Angka 'ketirisan' FINAS mengejutkan! - Gobind
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengumumkan anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)yang baharu pada minggu hadapan.
Ketua jabatan, agensi pelaksana diseru sentiasa budayakan amalan integriti
Untuk membudayakan amalan integriti, akauntabiliti serta tadbir urus dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.