KUANTAN: Seorang Ketua Balai Polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400 daripada beberapa individu, sejak 2021.
Tertuduh, Anuar Yaakob, 54 tahun, yang berpangkat sarjan mejar, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Bapa kepada tiga anak itu, didakwa sebagai anggota polis yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sehingga kemudiannya ditugaskan sebagai Ketua Balai Polis Cherating telah menerima suapan daripada beberapa individu.
Tertuduh didakwa menerima wang melalui transaksi perbankan atas talian yang dimasukkan dalam akaun miliknya berjumlah antara RM100 hingga RM2,000 di lima lokasi berbeza di sekitar daerah ini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh Anuar antara Januari 2021 sehingga Oktober 2022.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika disabitkan dengan kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif dalam prosiding itu menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon agar wang jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga anak.
Hujahnya, selain itu, anak guamnya menjaga kedua ibu bapanya yang berusia 73 dan 76 tahun.
"Anak guam saya telah berkhidmat selama 33 tahun dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan pendapatan bersih sebanyak RM3,000," jelasnya kepada mahkamah.
Mahkamah membenarkan Anuar dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Syarat tambahan turut ditetapkan oleh mahkamah iaitu tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan bermula September sehingga selesai perbicaraan.
Tertuduh juga diperintahkan untuk tidak mengacau ganggu saksi-saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.
Kes ditetapkan pada 25 September sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
![Ketua Balai Polis tak mengaku terima suapan RM31,400 Ketua Balai Polis tak mengaku terima suapan RM31,400](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692853562_Rasuah.jpg)
Anuar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400 daripada beberapa individu, sejak 2021. - Sinar Harian
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
![Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686304703_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.
![Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
![Empat anggota berhibur di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib Empat anggota berhibur di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Empat anggota berhibur di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib
Tuduhan jenayah melibatkan dadah ke atas mereka tidak dikenakan dan pihak timbalan pendakwa raya mengambil keputusan untuk tidak mendakwa mereka.
![Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/41490109917_ToiletPaper.jpg)
Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas
Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan.