SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kehilangan lebih RM50 juta disebabkan ketiadaan cukai hiburan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara Ng Sze Han yang telah menjelaskan tentang cukai hiburan. Sebenarnya kerajaan negeri kehilangan lebih RM50 juta disebabkan ketiadaan cukai hiburan, antaranya kerana panggung wayang (tidak beroperasi), sebagai contoh.
"Pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada kemajuan dan hasil negeri," katanya pada sesi penggulungan Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2022 semalam.
Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru dalam sesi penggulungan usul yang sama, menjawab isu untuk kerajaan negeri melanjutkan duti cukai hiburan pada tahun hadapan yang dibangkitkan Jamaliah Jamaluddin (PH-Bandar Utama).
Ng berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bilangan 40/2021 pada 24 Nov lepas telah bersetuju memberikan pengecualian penuh duti hiburan mulai 1 Jan sehingga 30 Sept tahun ini atau selama tempoh sembilan bulan.
"Kerajaan negeri bersetuju mengadakan kutipan duti hiburan bermula 1 Okt sehingga 31 Dis 2021 serta membuat penyelarasan bayaran duti hiburan pada tahun hadapan dengan mengambil kira pembayaran yang telah dibuat pada tahun ini.
"MMKN juga bersetuju untuk permohonan pengecualian penuh duti hiburan bagi aktiviti hiburan yang lain di Selangor dipertimbangkan dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata pencapaian pemberian vaksin menerusi program jangkau luar dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Selangor yang berumur 18 tahun dan ke atas, adalah 88.4 peratus bagi dos pertama setakat 30 Nov lepas.
Dr Siti Mariah berkata berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebanyak 86.9 peratus daripada masyarakat Orang Asli sudah lengkap dua dos suntikan termasuk pemberian tunggal vaksin Cansino.
Beliau menjawab pertanyaan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) yang membangkitkan isu berkaitan usaha meningkatkan kadar vaksinasi kepada masyarakat Orang Asli di Selangor.
Terdahulu, DUN Selangor meluluskan Usul Peruntukan Pembangunan 2022 sebanyak RM1.123 bilion bagi perbelanjaan pembangunan tahun hadapan yang telah dibahas bermula Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Amirudin berkata, pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada kemajuan dan hasil negeri. - Gambar fail
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.
DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.
Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.
DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.