Rakyat perlu mengetepikan perbezaan pendapat demi perpaduan ummah, kestabilan dan kemajuan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini akan membolehkan mereka memberi fokus usaha untuk memperkasa ekonomi negara.
"Atas nama Islam kita hendaklah mengetepikan perbezaan pendapat, pegangan parti politik dan berazam melakukan hijrah daripada sikap lama kepada sikap baharu untuk mewujudkan sebuah negara aman damai yang mendapat keredaan dan keampunan daripada Allah SWT," katanya semasa merasmikan program Hijrah Perdana bersama Timbalan Perdana Menteri di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, di sini malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Sumber Manusia dan Hal Ehwal Islam Kemboja, Datuk Osman Hassan, Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi dan penceramah bebas yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak 2015, Ustaz Datuk Kazim Elias.
Program anjuran kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Astro Oasis dan Astro Kasih itu dihadiri lebih 5,000 orang. Antara artis yang menyerikan program tersebut ialah penyanyi Asmani Anui yang lebih dikenali sebagai Mawi dan penyanyi dan pendakwa bebas, Akhil Hayy.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, berkata sempena sambutan maal hijrah pada tahun ini, semua pihak perlu melakukan penghijrahan minda, sikap dan tindak-tanduk.
Beliau berkata perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat akan menyebabkan perpecahan.
"Kita sepatutnya meraikan perbezaan pendapat tetapi harus ada adab dan ketertiban. Jika ini dapat diamalkan akan menguatkan ummah sambil wujud sikap saling menghormati agama dan pihak lain," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga berharap umat Islam di negara ini dapat menghayati bukan sahaja perkara tersurat tetapi juga perkara tersirat serta tidak melihat penyatuan ummah dari segi retorik politik semata-mata.
"Kita boleh berbeza pendapat setiap lima tahun sekali, ikutlah hati budi masing-masing tetapi perlu juga berterima kasih kepada yang memberi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
"Pihak yang memberi itulah kerajaan yang mentadbir negara ini dan sebagai wakil dalam kerajaan akan melakukan yang terbaik dan apabila sudah berusaha, bertawakal kepada Allah," katanya.
Bernama
Sun Oct 18 2015
Menurut Zahid, berkata perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat akan menyebabkan perpecahan. - Gambar Fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.