KUALA BERANG: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk Program Pembangunan Keusahawanan Desa menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Pengurus Besar Ketengah Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata empat bantuan utama program itu ialah input peralatan, kursus dan latihan, pembungkusan dan pelabelan produk serta naik taraf premis untuk tujuan pensijilan.
"Ketika ini terdapat 1,500 usahawan yang berada di kawasan pentadbiran Ketengah. Kita bantu agar produk mereka mempunyai sijil halal, Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta pembungkusan menarik, agar produk mereka mampu dipasarkan di lebih banyak premis perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk usahawan Ketengah di kedai stesen minyak di Pengkalan Gawi dekat Tasik Kenyir di sini, semalam.
Menurutnya, 30 usahawan dengan lebih 50 produk makanan dan minuman telah berjaya memasarkan produk mereka di tiga stesen minyak di kawasan Ketengah iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bandar Bukit Besi di Daerah Dungun serta Bandar Cheneh Baru di Kemaman.
Sementara itu, beberapa usahawan yang ditemui bersyukur kerana diberi peluang meneroka pasaran baharu di stesyen minyak dengan sasaran peningkatan jualan antara 20 hingga 30 peratus setiap bulan.
Mohamad Rozaidi Omar, 42, berkata beliau menyasarkan jualan minuman jus buah-buahan keluaran syarikatnya, MRO Dinamik Enterprise, melonjak kepada RM30,000 pada akhir tahun ini berbanding RM15,000 sekarang.
"Ketengah bantu saya menyediakan bengkel dan peti ais berkapasiti besar dengan jumlah geran pembiayaan RM48,000 di Padang Pulut, Dungun.
Kemudahan itu banyak membantu saya untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 18,000 botol jus setiap bulan," katanya yang mula berniaga sejak 2019.
Sementara itu seorang lagi usahawan, Maimunah Mohamad, 54, berkata beliau yakin jualan sambal bilis rangup dan kerepek tiramnya akan terus meningkat selaras pertambahan premis jualan hasil bantuan Ketengah.
"Rasa bangga kerana produk 'orang kampung' kini sebaris dengan produk berkualiti keluaran usahawan lain dari seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
Tengku Ahmad Nadzri melancarkan produk usahawan Ketengah di kedai stesen minyak di Pengkalan Gawi dekat Tasik Kenyir di Kuala Berang, 23 Jan 2022. - Foto Astro AWANI
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.
Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.
Ketengah peruntuk RM9 juta untuk program pembangunan usahawan desa
30 usahawan berjaya memasarkan sejumlah lebih 50 produk makanan dan minuman di tiga stesen minyak di kawasan Ketengah.
Ketengah akan adakan perbincangan keselamatan rumah rakit
Datuk Razali Idris berkata, perbincangan dan pertemuan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
PKPP: Tasik Kenyir dapat sambutan menggalakkan pelancong
Hampir 20 peratus pengunjung ke negeri itu telah berkunjung ke tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara itu.
PAC syor Projek Desa Lestari diurus satu kementerian sahaja
Kerajaan perlu mengkaji semula pembabitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam memantau projek berkenaan.
Kerajaan tanggung bil lampu jalan Felda, Felcra, Ketengah
Kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan elektrik lampu jalan terputus di tanah Felda, Felcra dan Ketengah dengan menanggung bil berjumlah RM7.076 juta.
Pulau Rambutan di Tasik Kenyir
Terengganu bakal menjadi satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai pulau khusus untuk tanaman rambutan dengan penanaman 200 spesies pokok itu di Pulau Selimbar Selatan, Tasik Kenyir.