Ketakpadanan antara kemahiran lulusan universiti dengan keperluan majikan pada masa sekarang perlu ditangani kerajaan, kata Timbalan Pengurus Besar Kelly Services Malaysia, Brian Sim.
Beliau berkata, walaupun lulusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mendapat permintaan tinggi, namun kekurangan kemahiran insaniah, komunikasi dan pemikiran kritis menjadi antara sebab utama pengganguran dalam kalangan lepasan universiti.
"Kadar pengangguran dalam kalangan belia pada 2017 adalah 10.8 peratus dan angka itu tidak berubah sejak 2015.
"Oleh itu, Belanjawan 2019 perlu menyelesaikannya menerusi usaha yang akan mengupayakan kumpulan bakat kita selain membantu majikan membangunkan persediaan untuk lepasan universiti yang boleh menangani kekurangan bakat dalam sektor utama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Selain mengatasi ketakpadanan bakat, Sim berharap belanjawan tersebut akan merangkumi langkah menggalakkan penyertaan wanita ke dalam tenaga kerja sekali gus mewujudkan tenaga kerja yang lebih seimbang.
"Ini penting ke arah mencapai sasaran 30 peratus wakil wanita dalam lembaga pengarah syarikat senarai awam menjelang 2020," katanya.
Beliau berkata, langkah dalam Belanjawan 2018 untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari serta penubuhan pusat jagaan harian di semua agensi kerajaan telah membantu membangunkan sistem sokongan kukuh bagi wanita yang kembali bekerja selepas cuti bersalin.
"Belanjawan akan datang ini diharapkan akan lebih mendorong ke arah merapatkan jurang gender dalam sektor tenaga kerja Malaysia, pada masa depan," katanya.
Sim berkata, pihaknya turut menjangkakan kerajaan menetapkan perancangan jelas berkaitan kenaikan penanda aras gaji minimum dalam belanjawan kali ini.
"Garis masa bagi kenaikan upah perlu ditetapkan untuk tiga hingga lima tahun akan datang bertujuan memastikan kenaikan baru-baru ini tidak berlaku sekali sahaja," katanya.
Di samping usaha kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja, Sim berharap dapat menyaksikan insentif ketara yang mewajarkan keputusan pemilik perniagaan menggaji pekerja tempatan berbanding buruh asing.
'Kita melihat banyak pergantungan kepada pekerja asing terutama dalam bidang berkaitan teknologi dan mereka membantu dari segi pemindahan pengetahuan.
"Kami berpendapat belanjawan akan datang perlu melangkaui usaha pembangunan latihan dan kemahiran untuk memperkasa pekerja tempatan dan meningkatkan kebolehgajian mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 29 2018

Kekurangan kemahiran insaniah, komunikasi dan pemikiran kritis menjadi antara sebab utama pengganguran dalam kalangan lepasan universiti. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.

Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.

Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.

Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.

Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.

RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.

MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.

Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.