KETIKA ini, adalah disarankan untuk memakai pelindung matahari setiap kali anda berada di luar pada waktu siang. Tetapi, bagaimana dengan anda yang menghabiskan masa di rumah atau di pejabat sahaja?

Ya! Anda memerlukan perlindungan UV setiap hari dan anda disaran menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian anda.

Tidak kira cuaca, tidak kira rancangan anda, tidak kira bila, sinar UV menghambat dan tanpa perlindungan, ia akan merosakkan kulit anda.

Selain itu, kebanyakan pelindung matahari yang berada di pasaran ketika ini sesuai untuk dipakai begitu sahaja atau bersama solekan.

Sama ada anda lebih suka pelindung matahari jenis kimia atau fizikal bergantung pada anda, pastikan spektrum pelindung adalah luas dan mengandungi sekurang-kurangnya SPF 30.

Dengan semua pilihan pelindung matahari di luar sana, adalah sangat sukar untuk mengetahui apa yang harus dicari dan jenis yang mana paling sesuai untuk kulit anda.


Berikut merupakan gambaran keseluruhan mengenai apa yang harus dipertimbangkan ketika anda membeli pelindung matahari mengikut jenis kulit.


Jenis kulit kering

Apabila anda mempunyai kulit jenis kering, anda perlu mencari pelindung matahari yang mampu menambahkan kelembapan.

Dalam kes ini, anda boleh menggunakan pelindung matahari dalam bentuk krim yang membolehkan anda memakainya bersama pelembap.

Mana-mana pelindung matahari yang diperkaya dengan bahan pelembap seperti ceramides, gliserin, asid hyaluronik, madu sangat sesuai.

PRODUK CADANGAN:

Supergoop! Glowscreen SPF 40

Primer wajah yang ringan ini mampu melembapkan kulit serta memberi perlindungan daripada sinaran UV dan cahaya biru.

Formulasi yang mengandungi asid hyaluronik dan Vitamin B5 ini turut membolehkan kulit anda sentiasa kelihatan segar.

TERBAHARU:

Supergoop! Glowscreen Body SPF 40

Losen badan yang mempunyai perlindungan matahari SPF 40 mampu menjadikan kulit anda kelihatan sihat selain melindunginya daripada sinaran UV.
 

Jenis kulit berminyak

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, cuba mendapatkan pelindung matahari berasaskan air atau gel dengan kemasan 'matte'.

Bahan-bahan seperti teh hijau, minyak pokok teh, atau niacinamide dalam pelindung matahari juga dapat membantu mengawal pengeluaran minyak.
 

PRODUK CADANGAN:

La Roche-Posay Anthelios Ultra Light Sunscreen Fluid SPF 60

 

Jenis kulit normal

Sekiranya anda mempunyai kulit jenis 'normal', tidak banyak yang perlu dibimbangkan ketika memilih pelindung matahari yang tepat.

Tidak kira sama ada diperbuat daripada bahan organik atau bukan, gel atau krim, anda boleh membeli  yang mana sahaja anda suka.

Walau bagaimanapun, anda mungkin cenderung tertarik kepada pelindung matahari yang diperbuat daripada bahan organik kerana teksturnya yang licin dan tidak meninggalkan kesan putih.

Dan jika anda ingin mencuba sesuatu yang baharu, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli pelindung matahari berwarna.
 

PRODUK CADANGAN:

Kiehl’s Skin Tone Correcting & Beautifying BB Cream, Broad Spectrum SPF 50

Formula dua tindakan ini mampu menyembunyikan ketidaksamarataan tona kulit selain memberi perlindungan daripada sinaran UV. 
 

Jenis kulit sensitif

Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, terdapat beberapa ramuan yang harus anda elakkan semasa memilih pelindung matahari.

Bahan-bahan ini termasuk alkohol, pewangi, oxybenzone, asid para-aminobenzoik (PABA), salisilat dan kayu manis boleh menyebabkan radang pada kulit anda.

Pelindung matahari yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida merupakan jenis paling selamat untuk anda.

Selain itu, bahan-bahan seperti panthenol, allantoin, dan madecassoside mempunyai sifat menenangkan dan dapat membantu mengurangkan keradangan.
 

PRODUK CADANGAN:

Dr. Jart+ Every Sun Day Mild Sun Moisturizing Sun Protector, SPF 43, PA+++

Kompleks nektapure ini mengandungi ekstrak daripada tumbuhan dari Switzerland.

Formula ringan ini mampu menyerap ke dalam kulit anda tanpa kesan putih dan mempunyai SPF43 / PA ++.
 

Jenis kulit yang rawan jerawat

Sama seperti kulit sensitif, sebaiknya elak daripada memilih pelindung matahari yang mengandungi bahan yang boleh menjadikan rawan jerawat sedia ada bertambah buruk.

Oleh itu, pelindung matahari jenis mineral merupakan yang paling selamat.

Walaupun begitu, ada individu yang tidak menghadapi masalah menggunakan pelindung matahari diperbuat daripada bahan organik.

Oleh kerana kebanyakan mereka yang mempunyai jerawat sering dikaitkan dengan masalah pengeluaran sebum berlebihan, produk untuk kulit berminyak atau kulit sensitif sangat sesuai.

Cuba pilih perlindung matahari berasaskan air dan ringan.
 

PRODUK CADANGAN:

The Ordinary Mineral UV Filter SPF 30

Apa pun produk anda pilih, yang paling penting adalah anda memakainya setiap hari.

Kesannya mungkin tidak dapat dilihat hari ini, namun kebaikannya hanya akan dilihat 10 tahun daripada sekarang.

Artikel asal disiarkan di Hijabista.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !