Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata banyak pertanyaan diterima mengenai tahap kesihatan Anggota Parlimen Pagoh itu yang kini berehat selepas menjalani pembedahan.
"Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu beserta dua keping gambar beliau.
Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.
BACA: Muhyiddin baik selepas pembedahan
BACA: Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dalam satu gambar yang dimuatnaik seminggu selepas menjalani pembedahan 12 Julai lalu. - Facebook Muhyiddin Yassin
Negara bertuah miliki pemimpin berwawasan seperti Tun Jugah - PM
Ujar Perdana Menteri, sikap Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah yang memiliki rasa cinta kepada negeri dan negara perlu dicontohi dalam menjamin masa depan generasi-generasi akan datang.
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Syed Hussien ikrar beri khidmat terbaik kepada warga Mahkota
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas memperoleh mandat besar pada PRK DUN Mahkota.
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
Staf wanita dipecat enggan ikut cakap bos beli sarapan
Seorang wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.
Analisis kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota
Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir UUM, Mujibu Abd Muis berkongsi pandangan mengenai kemenangan majoriti besar BN di DUN Mahkota.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
Itali catat jumlah kematian tertinggi kanser mesothelioma di EU
Gejala mesothelioma cenderung berkembang secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
Ketahui ancaman tersembunyi perbuatan merokok, hisap vape kepada orang tersayang
"Dengan vape, anak-anak muda secara tidak sengaja menjadi tikus putih dalam eksperimen yang tidak terkawal."
Program ISS: Rawatan percuma hingga RM10,000 setahun untuk rakyat Selangor
Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam menyediakan kemudahan kesihatan kepada Rakyat Selangor melalui Program Iltizam Selangor Sihat (ISS).
Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.
Kes polio pertama dalam tempoh 16 tahun dilaporkan di Pakistan, cetus kebimbangan
Lebih 33 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akan divaksin dalam program dari rumah ke rumah mulai Isnin.
Insomnia perlu ditangani, beri kesan negatif dan jejas kehidupan seharian
Insomnia perlu ditangani kerana ia memberi impak negatif khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Uganda sahkan tiga lagi kes mpox
Tiga pesakit itu sedang dirawat pada masa ini di Pusat Pengasingan Nasional Entebbe, kira-kira 40 kilometer selatan Kampala.
Gaza mulakan usaha pemvaksinan polio untuk kanak-kanak bawah 10 tahun
Kempen itu bermula pada Sabtu di Khan Younis untuk memberikan vaksin kepada lebih 90 peratus kanak-kanak di seluruh Wilayah Gaza menjelang 12 Sept ini.
Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO
Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.
China perketat kawalan sempadan, cegah kemasukan virus mpox
Pentadbiran Am Kastam negara umum langkah pengawasan yang lebih ketat untuk individu dan barangan yang tiba dari kawasan terjejas oleh mpox.