KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan kawalan pergerakan selama hampir setahun setengah bagi membendung penularan pandemik COVID-19, menandakan sepanjang tempoh itu jugalah mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) 'terperuk' di dalam bilik bagi menghadiri kelas, berbincang, menyiapkan tugasan dan membuat pembentangan secara maya.
Ahli Majlis Pewakilan Pelajar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIAT) Nur Nadhirah Mohd Ariffin, 21, berkata ramai mahasiswa sudah lesu upaya dengan situasi pembelajaran dalam talian yang dijalankan lebih daripada setahun ini.
"Rata-rata mereka sudah keletihan dan tertekan kerana kursus yang diambil bukan teori semata-mata, sebahagiannya membabitkan praktikal. Bayangkan, aktiviti praktikal juga dilakukan secara dalam talian, yang sudah tentu agak sukar dan memberi tekanan kepada kami," katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Mahasiswa Kejuruteraan Teknologi Pesawat (Avionik) itu berkata sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mahasiswa menangani tekanan agar keadaan tidak melarat menjadi bertambah teruk.
Untuk itu katanya, beliau melalui MPP telah berkerjasama dengan Unit Kaunseling UniKL-MIAT mengambil pendekatan baharu secara peer to peer, iaitu membantu memantau keadaan rakan mahasiswa melalui media sosial.
Sementara itu, Kaunselor Kanan UniKL-MIAT Mahyana Mukhtar berkata keadaan sudah berubah kerana jika dahulu mahasiswa yang bermasalah dikenal pasti melalui gaya dan tingkah laku, tetapi kini dengan keadaan pembelajaran jarak jauh media sosial adalah cara terbaik mendekati mereka.
"Mahasiswa menghabiskan banyak masa dengan komputer riba dan telefon bimbit, kemungkinan untuk mereka meluahkan tekanan di media sosial adalah besar, oleh itu kerjasama dibuat dengan ahli MPP kerana mereka juga sebahagian daripada mahasiswa dan rakan di media sosial," katanya.
Mahyana berkata melalui pendekatan peer to peer ahli MPP akan segera memaklumkan kepada Unit Kaunseling jika melihat ada dalam kalangan rakan mereka memuat naik hantaran yang mencurigakan di media sosial seperti sedang menghadapi tekanan kerana rata-rata mahasiswa tidak tahu tempat untuk dapatkan nasihat atau bimbingan.
Mahasiswa perlu menjadikan unit kaunseling sebagai pusat sehenti jika mempunyai apa-apa masalah walaupun mereka tidak berada di kampus, katanya.
Beliau berkata biasanya bimbingan kaunseling seorang ke seorang diberikan secara maya mengikut keselesaan mahasiswa sama ada menggunakan medium WhatsApps, panggilan video atau telefon.
"Pernah ada kes social phobia, seorang pelajar mempunyai ketakutan untuk membuat pembentangan secara maya. Saya bantu dia dengan memberi terapi melalui panggilan video dan akhirnya pelajar tersebut berjaya membuat pembentangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia Dr Mazila Ghazali berkata pihaknya turut menggunakan laman sosial rasmi sebagai medium mendekati mahasiswa.
"Kami menawarkan perkhidmatan telekaunseling dengan meletakkan nombor peribadi di laman sosial rasmi bagi membolehkan mahasiswa atau staff UPM menghubungi kami secara terus, tujuh hari seminggu. Terdapat 12 pegawai psikologi yang ditugaskan secara bergilir-gilir dan bersedia untuk dihubungi.
"Pendekatan itu ternayata mendapat reaksi yang menggalakkan kerana hampir setiap hari kami menerima panggilan atau WhatApps daripada mahasiswa yang berkongsi masalah," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Ramai mahasiswa dikatakan sudah lesu upaya dengan situasi pembelajaran dalam talian yang dijalankan lebih daripada setahun ini. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.