LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.
Katanya beliau akan melihat keperluan itu namun segala keputusan akan dibuat mengikut keupayaan negara untuk menyediakannya.
"Malaysia adalah sebuah negara maritim. Keseluruhan perairan itu membentuk negara Malaysia. Soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim khusus tentera laut jadi keutamaan kita," katanya kepada Bernama dan RTM ketika menghadiri program "Fleet Review" sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Resort World Langkawi di sini hari ini.
Fleet Review ialah suatu acara perhimpunan kapal-kapal daripada tentera laut negara tertentu yang disaksikan oleh ketua negara dan/atau orang kenamaan awam dan tentera.
Terdahulu sebaik tiba di sini, beliau hadir di Resort World Langkawi bagi menyempurnakan perasmian segmen maritim.
Mengulas mengenai LIMA '23, Perdana Menteri berkata ia mendapat sambutan yang baik dan penganjurannya cukup memuaskan.
"Ia akan beri pulangan terutama kepada sektor pertahanan negara secara umumnya," katanya.
LIMA '23 bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" bermula hari ini hingga 27 Mei.
Edisi kali ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Sektor Pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (Sektor Komersil).
Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tepukan ketika menyaksikan demonstrasi aset-aset maritim pada perasmian Segmen Maritim LIMA sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) hari ini. - Foto BERNAMA
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Kesiapsiagaan maritim keutamaan kerajaan tangani ancaman di perairan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.