PUTRAJAYA: Kesemua syarikat pengendali umrah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibenarkan untuk menawarkan pakej umrah dan mengendalikan urusan umrah.
MOTAC dalam kenyataan hari ini menafikan telah mengeluarkan senarai hanya 25 syarikat mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) untuk layak menjual pakej umrah berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti yang ditularkan.
"Penularan maklumat ini telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran orang awam serta syarikat pengendali umrah yang telah diiktiraf MOTAC," jelas MOTAC berhubung tangkap layar yang tular mendakwa 25 syarikat mempunyai LKU sahaja yang layak menjual pakej umrah di negara ini.
Menurut MOTAC, sehingga 30 Sept lepas, terdapat 474 syarikat pengendali umrah berdaftar dengan kementerian itu.
"Kesemua syarikat berlesen ini dibenarkan untuk menawarkan pakej umrah dan mengendalikan urusan umrah...senarai tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang www.motac.gov.my," menurut MOTAC.
Mengenai harga lantai RM6,900 bagi mengerjakan umrah seperti diumumkan pada 17 Okt lepas, MOTAC memaklumkan harga yang disemak semula berikutan pandemik COVID-19 itu adalah pakej harga untuk mengerjakan ibadah umrah bagi tempoh 12 hari dan 10 malam.
"Penetapan harga ini adalah sebagai panduan umum kepada orang ramai supaya penawaran harga pakej umrah tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah. Ia juga bagi mengelakkan unsur penipuan atau berlaku penetapan harga yang tidak munasabah," menurut kenyataan itu.
MOTAC memberitahu sebarang tawaran harga pakej umrah di bawah paras harga lantai oleh syarikat berlesen adalah tidak menyalahi mana-mana akta atau peraturan yang ditetapkan MOTAC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021

MOTAC memberitahu sebarang tawaran harga pakej umrah di bawah paras harga lantai oleh syarikat berlesen adalah tidak menyalahi mana-mana akta atau peraturan yang ditetapkan MOTAC. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 di Mahkamah Majistret hari ini.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Pembiayaan pakej umrah bagi rakan pemandu Grab diperkenal
Pelancaran awal pembiayaan berkenaan bermula hari ini bagi tempoh perjalanan mulai Ogos dan November depan.

Lagi syarikat pengendali pakej umrah, pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.

Kes tipu pakej umrah: 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Zulkarnain dan Mazuin, berdepan 51 pertuduhan berkaitan kes penipuan pakej umrah sebanyak RM503,221.