KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang mengadakan pakej umrah dan haji menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ke Jeddah, Arab Saudi selepas projek pembesaran dan naik taraf LTSIP siap.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
"Sebaik sahaja landasan tambahan sepanjang 400 meter siap, ia mampu menempatkan pesawat yang lebih besar sekali gus usaha untuk membuat pakej penerbangan secara terus dari Kota Bharu ke Jeddah dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pejabat baharu Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kelantan di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada Selasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini dilapor berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju memanjangkan landasan di LTSIP daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua dijangka menampung hingga empat juta penumpang.
Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta. - BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand. - Gambar fail
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin berbuka puasa bersama rakyat.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Berbuka puasa sambil menyelusuri sungai Terengganu
Meyaksikan keindahan alam sambil berbuka puasa, pengalaman yang jarang dimiliki.
LG Malaysia perkenal DUALCOOL AI, transformasi HVAC ke arah teknologi pintar
LG Malaysia mengorak langkah baharu dalam industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dengan memperkenalkan DUALCOOL™ AI, penyaman udara pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan kecekapan tenaga, keselesaan optimum dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif.
AWANI SABAH+ Ekslusif Bersama Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah
Temubual eksklusif AWANI SABAH+ bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat kepada bagaimana beliau membawa visi dunia ke negeri di bawah bayu, selain merealisasikan impian demi kesejahteraan rakyat. Dan semua itu diterjemahkan menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 di Mahkamah Majistret hari ini.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Pembiayaan pakej umrah bagi rakan pemandu Grab diperkenal
Pelancaran awal pembiayaan berkenaan bermula hari ini bagi tempoh perjalanan mulai Ogos dan November depan.

Lagi syarikat pengendali pakej umrah, pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.

Kes tipu pakej umrah: 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Zulkarnain dan Mazuin, berdepan 51 pertuduhan berkaitan kes penipuan pakej umrah sebanyak RM503,221.