Baki tiga lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sudah dikenal pasti.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk jenazah nenek tirinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah Kusuma.
"Saya diberitahu semalam. Kesemua jenazah kini sudah dikenal pasti. Namun tarikh kepulangan baki jenazah ini akan dimaklumkan kemudian.
"Perbincangan akan dibuat dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk prosedur seterusnya, paling penting semuanya sudah dikenal pasti dan pastinya satu kelegaan kepada negara," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penutup Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Konvensyen sehari itu diadakan untuk mencari formula menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Seramai 1,500 peserta terdiri daripada kepimpinan UMNO peringkat bahagian, anggota kelab Veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor (Mubarak) menghadiri konvensyen kali ini.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain 44 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, pesawat itu juga membawa penumpang pesawat warga Belanda, Australia, indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Dalam pada itu kata Hishammuddin, perasaannya kini teruja, lega dan sedih selepas mengetahui semua mangsa termasuk nenek tirinya dikenal pasti.
"Saya rasa puas hati, kini diharap keadilan akan membawa siapa yang sepatutnya ke mahkamah," ujarnya.
Kali terakhir, lima jenazah mangsa MH17 dibawa pulang pada 3 Oktober lepas.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 01 2014
![Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399267131_295x200.jpg)
HISHAMMUDDIN: Perbincangan akan dibuat dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk prosedur seterusnya. - Gambar Fail
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![UMNO Selangor perlu akui kelemahan - Hishammuddin UMNO Selangor perlu akui kelemahan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71414846686_295x200.jpg)
UMNO Selangor perlu akui kelemahan - Hishammuddin
UMNO Selangor perlu akui kelemahan yang dihadapi selain segera mencari ruang memperbaikinya.
![Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399267131_295x200.jpg)
Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti
Baki tiga lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sudah dikenal pasti.