Tahap keselamatan di negeri ini khususnya di pantai timur terkawal biarpun terdapat nasihat perjalanan Kerajaan Australia dan United Kingdom kepada rakyatnya yang ingin melancong ke Sabah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat Sabah tidak perlu takut biarpun amaran perjalanan dikeluarkan oleh dua negara itu yang menyebut keselamatan di negeri ini kurang baik.
"Saya mahu nyatakan bahawa dalam lawatan saya ke sini (Sabah) kalau keselamatan tidak baik sudah tentu saya tidak datang untuk membuat lawatan kerja.
"Rakyat Sabah tidak perlu takut. Tiga tahun dahulu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak wujud dan kini Esscom sudah wujud yang sentiasa mempertingkatkan keupayaan di laut dan darat," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Pejabat Pasukan Gerakan Am Batalion 15 di sini, hari ini.
Beliau dalam rangka lawatan kerja di negeri ini sejak dua hari lepas bermula di Kota Kinabalu dan Kudat, manakala hari di sini dan esok di Lahad Datuk bagi meninjau kawalan keselamatan agensi keselamatan di bawah Esscom.
Beliau berkata pewujudan Esscom memberi satu kawalan keselamatan di Sabah dalam memastikan kedaulatan negeri ini tidak mudah dicabul seperti yang berlaku tiga tahun lepas menerusi pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu.
Katanya kerja secara bersepadu oleh Esscom ada pelbagai, bukan sahaja untuk menangkis serangan yang dirancang oleh pengganas tetapi lebih luas mengawal sempadan perairan di pantai timur Sabah.
Menurutnya sempadan di perairan Sabah dengan negara jiran yang panjang boleh dibolosi pelbagai anasir tidak diingini khususnya dalam aktiviti penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan penyeludupan manusia.
Nur Jazlan berkata sebab itu usaha dibuat sekarang adalah memperketatkan peraturan dan kawalan terhadap dua aktiviti iaitu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
Katanya ini termasuklah untuk meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhati-hati mengeluarkan apa-apa lesen kepada pengeksport dan pengedar yang boleh disalah guna untuk penyeludupan.
Selain itu, beliau berkata isu mengenai pendaftaran kapal Kumpit dari selatan Filipina yang didakwa menyumbang kepada aktiviti penyeludupan turut diberi perhatian.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata kebajikan anggota keselamatan yang bertugas di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) perlu diambil kira.
Katanya menerusi lawatan kerjanya itu, beliau mendapati anggota keselamatan di bawah Esscom gigih melaksanakan tugas dan bersemangat.
"Kebajikan anggota Esscom dalam pelbagai agensi perlu diambil kira untuk memastikan bahawa moral mereka sentiasa tinggi," katanya.
Beliau berharap lawatan kerjanya dapat memberi suntikan moral kepada anggota Esscom sebelum penyediaan peruntukan disediakan bagi menaik taraf hal-hal kebajikan anggota agensi itu.
Bernama
Sun Feb 28 2016
JAZLAN: Rakyat Sabah tidak perlu takut. Tiga tahun dahulu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak wujud dan kini Esscom sudah wujud yang sentiasa mempertingkatkan keupayaan di laut dan darat. - Gambar fail
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.
Kerajaan pandang serius pemilikan senjata api elak kejadian tidak diingini
Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai pemilikan senjata api terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini.
Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat
Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.
KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.
Tunggu laporan akhir siasatan kes Jong Nam - Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, daripada membuat andaian.
Bimbing dan disiplin, bukan sekat keinginan remaja keluar malam - Dr Mariani
Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.
Tatacara pengurusan Tabung Warisan Polis bakal diubah - Nur Jazlan
Tatacara pengurusan TAWP akan diubah dalam masa terdekat bagi memperluaskan peranannya agar tidak hanya menjaga kebajikan pesara polis malah turut mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.
Pakatan pegawai kanan Kerajaan antara faktor berlaku penyelewengan - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut berpandangan pakatan yang terbentuk itu mampu menafikan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah guna kuasa berlaku.
Hanya dokumen sokongan dari Jabatan Audit Negara iringi laporan PAC bawah OSA
Rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.