Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon' selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
"Saya minta pertubuhan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai 'kuasa' dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan menggugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017

Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai 'kuasa' dalam agensi penguatkuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguatkuasa yang dirasakan menggugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.- Gambar Fail.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Antara kemahiran akademik dan insaniah, perlukah kita tiru Jepun?
Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.

Tanpa akademik, kemahiran insaniah tidak dapat dikuasai - Freida Pilus
Menurut Freida, anak-anak di sekolah boleh menjadi lebih gembira apabila mereka mencapai kejayaan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

#TunM93: Disiplin dan semangat jadi faktor penting
Ada yang berkata, kalau dalam usia 50 tahun pun, mereka tidak mampu menanggung walau setengah daripada tanggungjawab Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini.

PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara
PDRM mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.

Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa ada beberapa pihak berlegar di kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebelum kebakaran.