Keadaan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) sudah kembali seperti sedia kala, kata Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin.
Bagaimanapun katanya anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk tentera, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak mengambil mudah keadaan itu dan sentiasa melakukan pemantauan.
"Saya didatangi dua pegawai tinggi kedutaan Kanada dan Australia baru-baru ini yang ingin mengetahui situasi sebenar keselamatan di Sabah terutama di kawasan pantai timur.
"Saya maklumkan kepada mereka bahawa situasi sudah kembali normal walaupun keadaan terus dipantau," katanya semasa menjawap soalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust) Anne Lasimbang pada forum terbuka sempena Bengkel Pembinaan Keupayaan Pemimpin Kampung Pulau Sebatik semalam.
Program sehari anjuran Yayasan Asia, Pacos Trust dan Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) itu antara lain membincangkan isu dan cabaran keselamatan di Pulau Sebatik.
Pada forum itu, Anne bertanya mengenai kebimbangan penuntut Australia berhubung situasi keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri itu, selepas Australia mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya berikutan pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, 12 Feb lepas.
Ahmad Nadzer berkata kedutaan asing di negara ini juga telah dimaklumkan mengenai situasi sebenar di Esszone.
Mengenai pendekatan Malaysia menyelesaikan insiden pencerobohan pengganas itu di Sabah, beliau berkata Malaysia mendapat banyak pujian daripada negara luar kerana berjaya menyelesaikan kes itu secara bertamadun.
Saki-baki pengganas dan mereka yang disyaki ada kaitan dengan pencerobohan itu telah diberkas dan segera dihadapkan ke mahkamah untuk diadili dan mereka dibenar melantik peguam masing-masing, katanya.
Bernama
Sun Aug 25 2013
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Keselamatan di kawasan Esszone sudah pulih - perisikan Esscom
Keadaan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) sudah kembali seperti sedia kala.