KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah sehingga ramai menjadi mangsa jenayah siber, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Selain itu katanya masih ramai juga rakyat di negara ini tidak mengamalkan penggunaan teknologi dengan beretika dan bertanggungjawab.
"Malahan kerugian jutaan ringgit turut dialami oleh mangsa seperti direkodkan oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya semasa menjadi tetamu jemputan program bual bicara Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di RTM 1, di sini, hari ini
Zahidi berkata KKMM menerusi CyberSecurity Malaysia menerima sebanyak 4,615 laporan insiden keselamatan siber sejak Januari hingga Mei tahun ini menerusi Pusat Bantuan Cyber999.
Beliau berkata daripada jumlah laporan berkenaan, tiga laporan tertinggi melibatkan penipuan iaitu sebanyak 3,229 kes, pencerobohan (765) dan kod berbahaya (256).
Menurut Zahidi antara insiden lain yang turut dilaporkan kepada pusat bantuan berkenaan termasuk spam, percubaan pencerobohan, penafian perkhidmatan, gangguan siber, laporan kerentanan dan berkaitan kandungan.
Katanya walaupun tahap keselamatan siber di negara ini masih tidak membimbangkan namun masyarakat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai keselamatan siber dan teknologi terbaharu serta sentiasa berwaspada terhadap bentuk ancaman siber terkini.
"Saya menggesa orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga antaranya dengan memastikan kata laluan yang kukuh, memasang dan mengemas kini perisian antivirus pada gajet digital serta menggunakan rangkaian yang selamat semasa melakukan transaksi dalam talian sama ada untuk urusan perbankan atau pembelian barangan dalam usaha membanteras jenayah siber ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021
Tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah sehingga ramai menjadi mangsa jenayah siber. - Gambar hiasan
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Taufan Helene melanda Florida
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Ketua UNHCR seru pendekatan baharu krisis Rohingya
Filippo Grandi berkata pelantikan Profesor Yunus sebagai pemimpin baharu Bangladesh telah meningkatkan minat global dalam krisis Rohingya.
Ekspo TVET@KKDW buka ruang kerjasama industri, usahawan
Ekspo ini menawarkan pelbagai bidang pengajian berasaskan TVET dan membuka peluang pekerjaan melalui karnival kerjaya.
Premier harap Affin Bank melihat potensi Borneo
Tan Sri Abang Johari berharap Affin Bank akan sama terlibat dalam membangunkan kemudahan dan kesalinghubungan di kepulauan Borneo menerusi pelaburan di syarikat dan industri strategik.
Sarawak kuasai pegangan terbesar dalam Affin Bank
Pro Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Shazali Abu Mansor berkongsi pandangan mengenai Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd.
Sarawak tidak campur tangan pengurusan Affin Bank
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari un Openg berharap Affin Bank akan terlibat dalam pembangunan di Sarawak pada masa sama menegaskan Kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan bank berkenaan.
Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.
NACSA sedia hadapi ancaman siber lebih kerap tahun depan
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bersedia menghadapi sebarang ancaman siber yang dijangka berlaku secara lebih kerap pada tahun depan.
KESUMA komited kukuh pembangunan modal insan selaras dasar TVET Negara 2030
KESUMA terus komited memperkukuh pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi, selaras dengan tumpuan utama Dasar TVET Negara 2030.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan Malaysia: Menongkah arus perubahan
Industri pertahanan diharap akan kekal relevan lagi berupaya dalam menongkah arus perubahan landskap pertahanan dan keselamatan dunia.
Malaysia sokong pengesahan tanpa kata laluan tingkatkan keselamatan siber
Katanya, satu penyelesaian berpotensi positif yang telah mendapat tarikan di peringkat global ialah pengesahan tanpa kata laluan.
Wujudkan mekanisme dalam talian berpusat untuk hadapi ancaman keselamatan siber - Gobind
Cabaran sistem semasa memerlukan masa dan penampilan fizikal yang ketara untuk memfailkan aduan dan menjalankan siasatan dalam sesuatu kes.
Insiden keselamatan siber Prasarana: Siasatan untuk tentukan punca, data terlibat
Kementerian Digital dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan akan menentukan jenis pelanggaran dan data yang terlibat dalam kejadian itu.
Prasarana sahkan berlaku serangan siber, sistem dalaman digodam
Prasarana mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang melibatkan sebahagian daripada sistem dalamannya.
5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, digaji di bawah perkongsian MDEC, NASSCOM
Tujuh syarikat antarabangsa India di Malaysia komited untuk melatih dan menggaji 5,000 rakyat Malaysia dengan termeterainya MoU antara MDEC dan NASSCOM.
Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC berkuat kuasa hari ini
Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang telah disemak semula berkuat kuasa hari ini, menggantikan Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber (GMCR).
Kepentingan keselamatan siber dalam sektor kuasa tidak boleh dipandang ringan - BMI
Apabila penggunaan tenaga boleh baharu semakin meningkat, ini mungkin bermakna lebih banyak loji kuasa dan sistem menjadi sasaran.