KUALA LUMPUR:Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) hari ini.
Menerusi mesyuarat yang diadakan secara persidangan video dari pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya itu, Muhyiddin turut menegaskan bahawa tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan Bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.
"Insya-Allah, mereka yang diberikan amanah dalam MKB, Jawatankuasa Pemandu MKB (JPMKB) dan Jawatankuasa Kerja MKB (JPMKB) mampu mencetuskan idea bernas untuk membolehkan tindakan intervensi yang strategik dan tepat diambil demi memastikan ekonomi Bumiputera terus berdaya tahan dan berdaya saing," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.
MKB merupakan platform untuk kerajaan memperkasakan sosioekonomi Bumiputera dengan sasaran lonjakan pembangunan keusahawanan berganda di pelbagai peringkat dengan usaha itu akan diterajui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) selaku agensi penyelaras utamanya.
Mesyuarat juga mengesahkan penubuhan MKB dari segi keahlian serta terma rujukan.
Terdahulu menerusi hantaran sama, Muhyiddin memaklumkan turut diperakukan dalam mesyuarat berkenaan ialah penubuhan JPMKB dan JKMKB yang masing-masing akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Eksekutif Teraju Md Silmi Abd Rahman.
Beliau berkata MKB dianggotai 17 menteri Kabinet di samping tokoh Bumiputera dalam pelbagai sektor perniagaan, ekonomi dan pendidikan antaranya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Azman Mokhtar, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah, Tan Sri Dr Rafiah Salim, Datuk Azrin Mohd Noor dan Kamarul Azman Muhamed.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
![Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611669892_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Muhyiddin turut menegaskan bahawa tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan Bumiputera. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611669892_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM
Kesan besar COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKB.
![MKB sebagai platform tertinggi perkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera MKB sebagai platform tertinggi perkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588566545_DSMustapaMohamed.jpg)
MKB sebagai platform tertinggi perkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera
Majlis Kemakmuran Bumiputera bertujuan menjadi platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.