KUALA LUMPUR: Reformasi institusi diperlukan bagi melaksanakan agenda reformasi mengenai tadbir urus yang lebih baik, ketelusan dan akauntabiliti.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, semua pihak perlu memastikan undang-undang diluluskan di Parlimen supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara bebas dan berfungsi tanpa pengaruh politik.
"Khususnya, Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan.
"Peguam Negara berfungsi sebagai ketua penasihat kepada kerajaan dalam hal perdagangan komersial, sivil dan antarabangsa manakala Pendakwa Raya mengendalikan badan pendakwaan awam yang bebas, bertanggungjawab hanya kepada Parlimen.
"Bagi SPRM, lantikan kanan mesti ditapis oleh Parlimen dan semua aktivitinya bertanggungjawab kepada Parlimen. Kedua-dua pembaharuan ini adalah asas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wong berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Semalam, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 tahun, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berdepan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Mengulas lanjut, Wong yang juga Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) berkata, pembaharuan itu perlu dilakukan dengan pantas dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya akan terus menggesa dan mendesak kerajaan saya untuk melaksanakan pembaharuan ini.
"Apabila undang-undang ini diwujudkan, maka mungkin kita akan melihat permulaan kepada berakhirnya pengaruh politik yang tidak wajar dalam perkara anti rasuah," ujarnya.
Afiezy Azaman
Tue Sep 05 2023
WONG: Apabila undang-undang ini diwujudkan, maka mungkin kita akan melihat permulaan kepada berakhirnya pengaruh politik yang tidak wajar dalam perkara anti rasuah.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi
Undang-undang perlu diluluskan di Parlimen supaya SPRM dan Jabatan Peguam Negara bebas berfungsi tanpa pengaruh politik, kata Wong Chen
Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar
Seseorang pemimpin perlu mempunyai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi sebelum dilantik memegang mana-mana GLC di negara ini.
Malaysia negara keempat risau meniti usia tua - Ipsos
Kajian itu mendapati sejumlah 62 peratus warga Malaysia risau tentang penuaan, berbanding dengan 52 peratus jumlah kebimbangan di seluruh dunia.
Jadi jentera politik: PTD perlu dipulihkan semula - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTD telah menyimpang daripada tugasnya termasuk apabila ia menjadi jentera parti politik kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).