Kakitangan Astro AWANI yang menjadi mangsa tikam, Ahmad Hawari Zakaria menunjukkan reaksi positif selepas dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dimasukkan ke wad biasa Hospital Kuala Lumpur.
Ahmad Hawari, walaupun kelihatan tidak bermaya, mampu bercakap dengan perlahan dan sudah ditemui polis untuk diambil keterangan awal pada Isnin.
"Saya semakin OK, agak stabil dan sekarang ini mahu tumpukan kepada pemulihan," kata Ahmad Hawari.
Kakaknya, Nashrima Benjamin yang sedang menemani Ahamad Hawari berkata, dia masih mengalami kesesakan nafas dan doktor menasihati untuk mengurangkan bercakap dan banyakkan rehat.
"Kami tetap bersyukur dia sudah sedar dan boleh bercakap, kalau dibandingkan dengan semalam.
"Sejak keluar dari ICU, dia tunjuk respons positif dan kami sangat bersyukur," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Menurutnya Nashrima, mereka sekeluarga bercadang untuk memindahkan Hawari ke hospital di Putrajaya bagi memudahkan pengurusan penjagaan.
"Buat masa ini, seluruh keluarga kami dari Kuching, Sarawak datang ke Kuala Lumpur dan menginap di hotel, dan kami tak mampu nak tinggal di situ terlalu lama.
"Kami bercadang, kalau boleh untuk Hawari dipindahkan ke hospital di Putrajaya kerana ia berdekatan dengan ibu saudara kami. Ia akan mengurangkan kos kami di sini," katanya.
Mengimbau kembali saat menerima berita malang yang menimpa adiknya itu, Nashrima berkata, ia suatu pengalaman yang menakutkan.
"Bayangkan, kami duduk jauh, dapat panggilan tapi tidak boleh buat apa-apa, kita tidak tahu nak berhubung dengan siapa.
"Kemudian panggilan itu tiba-tiba terputus. Kita tidak tahu apa jadi dengan dia, adakah dia masih hidup?
Ujarnya, semua ahli keluarga bertungkus lumus menghubungi semua hospital di Kuala Lumpur dan selepas setengah jam HKL memaklumkan adiknya itu sudah tiba di hospital.
Ketika itu katanya, keadaan Ahmad Hawari dikatakan sangat kritikal sehingga doktor memanggil semua ahli keluarga untuk datang ke HKL secepat mungkin.
"Semua ahli keluarga ambil penerbangan pertama dari Sarawak, melibatkan tiga penerbangan berlainan.
"Kami adik beradik empat orang. Hawari adalah adik bongsu lelaki kami.
Nashrima berkata, ibu bapanya amat terharu dengan keprihatinan Astro AWANI dan ASTRO yang tidak putus membantu mereka menghadapi situasi yang sukar ini.
"Ahmad Hawari sangat bernasib baik. Saya juga mahu ambil kesempatan, mewakili keluarga saya, mengucapkan terima kasih khususnya Astro AWANI yang tidak putus-putus memberi bantuan," katanya lagi.
Ahamad Hawari, 32, dilaporkan diserang dan ditikam tujuh lelaki di bilik sewanya di Kondominium Platinum Hill, Setapak, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri bersama anak saudaranya turut meluangkan masa melawat Ahmad Hawari pada Isnin.
Nancy menjelaskan pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Anak Sarawak dan Rumah Sarawak serta pihak hospital akan berbincang bagi memudahkan koordinasi melibatkan kes seperti ini.
Katanya, jika kes melibatkan pesakit dari Sarawak yang dimasukkan di wad di Kuala Lumpur, wujudnya masalah tiada orang yang menjaga.
"Kadang-kadang pesakit ada orang jaga, tetapi keluarga yang dari jauh datang ke sini berdepan pelbagai masalah terutamanya dari segi kebajikan.
"Kami sebagai menteri dari Sarawak telah berbincang bersama persatuan anak Sarawak dan Rumah Sarawak dan memutuskan untuk menjadi pusat rujukan untuk mana-mana kes melibatkan orang Sarawak," kata Nancy lagi.
Nancy menekankan pusat rujukan ini memainkan peranan bagi memastikan bantuan kebajikan dan kewangan akan disediakan dari semasa-semasa.
Selain daripada itu, Astro Malaysia Holdings Berhad hari ini telah mengadakan majlis Solat Hajat Ahmad Hawari.
Majlis yang dihadiri lebih 22 kakitangan Astro diadakan di Surau An-Nur, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.
Majlis itu bermula dengan tazkirah ringkas yang disusuli solat Zuhur.
Ia diteruskan dengan Solat Hajat yang diimamkan Uztaz Zuhaili Saiman dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendoakan kesejahteraan khusus untuk Ahmad Hawari.
Dania Zainuddin
Mon Dec 21 2015
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri antara yang mengunjungi Ahmad Hawari Zakaria di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/Dania Zainuddin
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Kes tikam kakitangan Astro AWANI: Suspek direman sehingga 28 Disember
Tempoh reman dua suspek yang terlibat dalam kes tikam kakitangan Astro AWANI dilanjutkan hingga 28 Disember.