KUALA LUMPUR: Polis memberkas seorang lelaki yang melepaskan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI.
Menurutnya, suspek, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bharu, Kelantan, pada Isnin.
"Kita baru tahan suspek di Kota Bharu," katanya di sini pada Isnin.
Difahamkan, suspek ditahan di Jalan Bayam, iaitu hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pukul 3 petang, Isnin.
Suspek diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Katanya, dalam kejadian itu berlaku pergelutan sebelum polis memberkas lelaki itu.
Satu sidang media bersama dijangka akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut.
Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.
Setakat ini, polis sudah merekodkan keterangan 11 suspek.
Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian dipercayai berhubung isu penceraian antara suspek dan isterinya.
Polisl mendapati suspek didakwa mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, apabila tembakan itu tersasar.
Umavathi Ramayah
Mon Apr 15 2024
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan Hafizul. - fotoBERNAMA
Musim tengkujuh: Tempoh getir nelayan pesisir pantai, ombak besar, laut bergelora
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh disifatkan sebagai tempoh getir buat pada nelayan psisir pantai yang hanya menggunakan bot gentian kaca bagi meraih hasil pendapatan.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Lapan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana penyalahgunaan dadah.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu
Polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.
Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
PDRM sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
GISB: Polis kenal pasti identiti individu kurung anak Abuya
PDRM mengesahkan sudah mengenal pasti nama empat individu didakwa mengurung anak bekas pemimpin al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari, 41.
GISB: Anak sulung 'Abuya' tunjuk lokasi kurungan di Batu Hampar esok - Razarudin
Ummu Atiyah akan ke sebuah perkampungan GISB yang terletak di Batu Hampar, Perak pada Ahad.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.
Siasatan terhadap GISB dijalankan mengikut peruntukan sedia ada - KPN
Beliau berkata siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima serta hasil risikan dijalankan pihak polis.
GISB: PDRM siasat dakwaan unsur jihad militan diterap pada kanak-kanak diselamatkan - KPN
PDRM sedang menyiasat kemungkinan terdapat sebarang elemen jihad militan yang cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan.