Polis akan mengedar gambar dan maklumat dua suspek berhubung kejadian seorang mangsa ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara dekat sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata gambar dan maklumat mengenai dua lelaki tersebut yang dipercayai berusia 20 hingga 30 tahun akan diedarkan Isnin ini.
"Apa yang saya boleh maklumkan, kes tembak itu boleh dianggap selesai dengan penahanan dua lelaki beberapa jam selepas kejadian berkenaan pada Sabtu lepas.
"Cuma kita akan edarkan gambar dan maklumat dua lagi lelaki bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan. Bila siap semua (maklumat dan gambar) saya akan beri kepada media untuk bantu polis kesan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Amanita bersama komuniti wanita Taman Pauh Jaya, di sini, Sabtu.
Ahad lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah dilaporkan berkata polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun beberapa jam selepas kejadian tembakan yang berlaku pukul 9 malam Sabtu itu.
Dalam kejadian itu, mangsa M.Parttippan, 29, dihampiri sebuah Perodua Myvi warna hitam dengan dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan di mana satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum ini, Parttippan pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis mendapat beberapa petunjuk baharu berhubung kes seorang pemilik restoran yang nyaris maut ditembak dua lelaki menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Taman Inderawasih, dekat sini Rabu lalu.
Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
Dalam kejadian pada pukul 8.50 malam itu, pemilik restoran berusia 52 tahun yang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah dari restorannya sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan, bagaimanapun ia hanya mengenai pintu sebelah penumpang.
Bernama
Sat Dec 14 2013
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.