SEPANG: Polis telah merekodkan 11 keterangan individu untuk siasatan kes lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keterangan saksi itu membabitkan mangsa dalam kejadian itu termasuk mereka yang terkena balingan mercun oleh suspek, Polis Bantuan serta doktor yang merawat mangsa di lokasi serta di hospital.
Menurutnya, selain itu polis juga akan memanggil beberapa saksi lain termasuk yang terlibat dalam urusan perniagaan, ahli keluarga dan beberapa individu lain untuk membantu siasatan.
"Setakat ini usaha buru suspek masih dijalankan dan kita percaya dia (suspek) masih dalam negara selain menempatkan anggota untuk menjejakinya di lapangan.
"Saya seru seperti mana saranan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain) agar penama itu tampil ke balai polis terdekat serah diri bagi memudahkan semua pihak," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini pada Isnin.
Mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengatakan terdapat penglibatan individu lain, tegas Hussein, tiada penglibatan suspek lain.
Jelasnya, ini berdasarkan pengesahan melalui keterangan saksi yang boleh sahkan identiti suspek.
"Kita juga mengesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan penama yang lepaskan tembakan di KLIA itu adalah suami kepada mangsa iaitu Hafizul (Harawi).
"Tiada lain daripada itu. Buat masa ini siasatan dapati dia bergerak solo," ujarnya.
Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan mangsa iaitu pengawal keselamatan yang terkena tembakan berada dalam keadaan stabil.
"Mangsa terima beberapa siri rawatan dan doakan mangsa segera sembuh," katanya.
Sebelum ini dilaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, Ahad, suspek berusia 38 tahun telah melarikan diri selepas melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan terhadap isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah.
Bagaimanapun, tembakan dari jarak dekat itu telah mengenai pengawal peribadi wanita itu dan dilaporkan parah.
Siasatan awal polis percaya kejadian adalah bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Hussein (duduk, tengah) pada sidang akhbar di IPD KLIA pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kes tembak di KLIA: Polis rekod keterangan 11 saksi
Polis telah merekodkan 11 keterangan individu untuk siasatan kes lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.