Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan terakhir Dr Mohamad Khir.
Panel itu turut disidangi oleh Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.
Mahkamah menangguhkan bicara selama 30 minit untuk memberi peluang kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk berbincang dengan Dr Mohamad Khir sebelum membuat penghujahan mengenai hukuman.
Mengikut keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tan, mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir tidak mempunyai kecacatan.
Beliau berkata tiada kesilapan dalam fakta-fakta pertuduhan yang menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas sifatnya sebagai penjawat awam (Menteri Besar).
Dr Mohamad Khir, 50, yang memakai sut berwarna kelabu, kelihatan tenang apabila mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara setahun.
Mahkamah Persekutuan bersidang hari ini untuk membuat keputusan selepas menangguhkan prosiding pada 27 Ogos lepas kerana Dr Mohamad Khir menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.
Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud
Bernama
Tue Sep 22 2015
Dr Mohamad Khir didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam untuk dirinya dan isteri lapan tahun lalu. -Gambar fail
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.
'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.
Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO sama ada untuk memilih beliau sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh
Pemimpin politik terutama di negeri Selangor diingatkan terus bekerja untuk mendekati rakyat dan bukan menawarkan diri menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital
Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahunya kelak.
'Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo
Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon tempatan sebagai faktor kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.
Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memuat naik satu catatan yang terakhir sebelum beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang pada Selasa.