KUALA LUMPUR: Malaysia kini dalam proses membatalkan award akhir US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa dalam kes yang dibawa oleh individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dengan pembatalan ini, perjuangan sekian lama kerajaan Malaysia terhadap tuntutan dalam kes Sulu akan berakhir kerana asas tuntutan tidak lagi wujud.
"Dalam kes penipuan membabitkan Sulu, individu yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu telah cuba memeras ugut Malaysia sebanyak US$14.9 bilion, atau kira-kira RM62.59 bilion, dengan pembiayaan litigasi oleh pihak ketiga iaitu Therium.
"Malaysia telah menghabiskan banyak masa, tenaga dan sumber bagi mempertahan negara kita daripada tuntutan remeh dalam kes penipuan kumpulan Sulu ini di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda. Di sebalik kerumitan ini, Malaysia menegaskan bahawa apa yang kita alami dalam kes penipuan kumpulan Sulu ini bukanlah unik kepada Malaysia sahaja.
"Sebaliknya, ia mencetuskan gesaan agar semakan semula dibuat terhadap perlakuan penimbang tara dan pembiayaan litigasi oleh pihak ketiga yang kita sering terlepas pandang, termasuk meneroka ketelusan dan kewajipan pendedahan oleh pihak yang berkaitan," katanya dalam ucaptama di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC) di London hari ini.
Azalina juga berkata perjalanan Malaysia dalam menentang penipuan oleh kumpulan Sulu itu bukanlah mudah kerana ia adalah kes yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.
"Kami tidak berpeluang untuk menangani kes ini ketika ia bermula. Jika Kerajaan Perpaduan hari ini mempunyai peluang itu, kami akan melakukannya dengan cara yang amat berbeza.
"Di sisi baiknya pula, pengajaran yang banyak kami pelajari daripada malapetaka ini menjadi sebab mengapa kita berkumpul di sini dan berusaha mengatasi perkaitan yang lemah dalam proses timbang tara serta pembiayaan litigasi pihak ketiga selepas menganjurkan dua kolokium antarabangsa dengan jayanya di Malaysia pada 9 Mei dan 4 Julai 2023," katanya.
Beliau berkata hasil daripada tindakan berterusan Kerajaan Perpaduan, Malaysia telah melakar kejayaan bersejarah di Paris dan The Hague serta perkembangan positif lain dalam prosiding yang sedang berjalan membabitkan kes penipuan kumpulan Sulu itu.
"Kesemua ini berjaya dicapai melalui usaha secara bersama dan bersepadu agensi serta kementerian berkaitan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui kerjasama dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi menerusi pemupukan usaha sama bagi menangani amalan terbaik dalam timbang tara serta pembiayaan litigasi pihak ketiga," katanya.
Menjelaskan sebab Kerajaan Malaysia memulakan dialog berterusan ini bersama pakar dalam industri timbang tara dari seluruh pelosok dunia, Azalina berkata ia bagi memberi penerangan tentang amalan timbang tara yang tepat menurut kedaulatan undang-undang dan berkongsi pandangan Malaysia dengan komuniti timbang tara antarabangsa mengenai naratif tuntutan sebenar oleh individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu terhadap Malaysia.
"Siri khas hari ini adalah hasil usaha kolektif Malaysia untuk menghimpunkan komuniti timbang tara antarabangsa bagi menambah baik sistem timbang tara dengan berkongsi pengalaman pahit yang terpaksa ditelan oleh Malaysia susulan kes penipuan kumpulan sulu terbabit," katanya sambil menambah bahawa Malaysia, sedari awal, menyokong dan menggalakkan timbang tara sebagai resolusi pertikaian pilihan.
"Kami memiliki Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hab global terkemuka bagi resolusi pertikaian, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya dengan sukacita ingin berkongsi bahawa pada Khamis lepas iaitu 21 Sept 2023, AIAC telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Pusat Timbang Tara dan Resolusi Pertikaian SOAS, University of London (SADRC) bagi memupuk aktiviti pengajaran serta penyelidikan berkiatan resolusi pertikaian alternatif yang selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
"Pengalaman kami dalam kes penipuan oleh kumpulan Sulu telah membuktikan bahawa kesucian proses timbang tara perlu sentiasa dijunjung dan oleh itu, kami dengan tegas menentang sebarang penyalahgunaan proses timbang tara termasuk forum shopping," katanya.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar, Peguam Cara Negara Datuk Almalena Sharmila Johan dan Pengarah AIAC Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo.
Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Stampa dalam kes yang difailkan oleh lapan individu.
Stampa telah memberikan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada kumpulan itu dan Malaysia terpaksa menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkannya di mahkamah Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.
Malaysia melakar satu lagi kejayaan apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir itu di negara itu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).
Pada 2019, kumpulan itu dilaporkan telah memulakan tindakan perundangan di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Azalina berkata dengan pembatalan ini, perjuangan sekian lama kerajaan Malaysia terhadap tuntutan dalam kes Sulu akan berakhir kerana asas tuntutan tidak lagi wujud. - Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kes Sulu: Malaysia dalam proses batalkan award akhir US$14.9 bilion - Azalina
Azalina berkata perjalanan Malaysia dalam menentang penipuan oleh kumpulan Sulu itu bukanlah mudah kerana ia adalah kes yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.