KAJANG: Penjara Kajang, yang menjadi lokasi Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman terus menjadi tumpuan pengamal media hari ini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri itu.
Kebanyakan mereka berkumpul seawal jam 7.30 pagi, dengan tumpuan terarah kepada pergerakan Ahli Parlimen Pekan itu, jika beliau dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Astro AWANI setakat ini, tiada sebarang pergerakan dari mana-mana pihak termasuk ahli keluarga Najib yang hadir ke Penjara Kajang.
Dari aspek keselamatan pula, pengamal media hanya dibenarkan berada sekitar 300 meter (m) dari pintu masuk Penjara Kajang.
Unit Anjing Pengesan (K9) turut dilihat ditempatkan di kawasan pintu masuk, selain anggota Penjara Kajang memeriksa kenderaan yang memasuki kawasan penjara berkenaan.
Selain itu, berdasarkan tinjauan juga tidak kelihatan mana-mana kumpulan individu yang berkumpul di kawasan berdekatan Penjara Kajang.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, keadaan di sekitar penjara berkenaan terkawal dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, adalah didapati petisyen rayuan Najib tidak mempunyai merit.
Tengku Maimun yang mengetuai barisan lima panel hakim memutuskan menolak permohonan rayuan Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 28 pada Julai 2020.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 24 2022
![Kes SRC Najib: Penjara Kajang jadi tumpuan media Kes SRC Najib: Penjara Kajang jadi tumpuan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661311116_PenjaraKajangNaji.jpg)
Kebanyakan pengamal media berkumpul seawal jam 7.30 pagi, dengan tumpuan terarah kepada pergerakan Ahli Parlimen Pekan itu, jika dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh. -Astro AWANI
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737383832_HimpunanSolidariti.jpg)
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
![Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733216334_NajibRazak.jpg)
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
![‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM ‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733730362_NajibRazak.jpg)
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
![Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733730362_NajibRazak.jpg)
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
![Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733471517_TBNAJIB.jpg)
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
![SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
![UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
!['Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib 'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729767904_NajibRazakBekasP.jpg)
'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.
![Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729761260_MohamadNizarNajib.jpg)
Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
![Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729548016_TBNajibRazak.jpg)
Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.