PUTRAJAYA: Pendakwa Raya memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencelah dalam rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan Laidlaw yang mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam notis usul, yang difailkan semalam, Pendakwa Raya juga memohon untuk membatalkan rayuan Laidlaw atas alasan rayuan itu bersifat akademik dan merupakan penyalahgunaan proses.
Permohonan itu disokong oleh afidavit yang difailkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Peguam Raja itu, mahu dimasukkan sebagai responden keempat bagi rayuan tersebut.
Pendakwa Raya berkata ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi tetapi digugurkan secara unilateral sebagai pihak dalam rayuan itu. Responden lain dalam prosiding itu ialah Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
Pendakwa raya juga berkata notis rayuan Laidlaw disampaikan di luar masa.
Laidlaw memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada 21 Julai lepas, menolak permohonannya untuk diterima masuk dan didaftarkan bagi menjalankan amalan di Semenanjung Malaysia.
Pada 12 Okt lepas, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata Laidlaw akan mewakili bekas perdana menteri itu dalam pendengaran semula rayuannya jika permohonan semakannya dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap beliau. Rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Permohonan semakan Najib telah ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan selama tiga hari mulai 19 Jan tahun depan.
Sementara itu, Badan Peguam Malaysia juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan Laidlaw, dengan menyatakan rayuan itu bersifat akademik kerana Mahkamah Persekutuan telah pun memutuskan rayuan Najib pada 23 Ogos lepas.
Dalam notis usul yang difailkan semalam, Majlis Peguam berkata rayuan itu remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
![Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664195726_TBNAJIB.jpg)
Peguam Diraja Jonathan Laidlaw merayu mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.- Fail/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Mahkamah putuskan rayuan akhir Peter Anthony 27 Nov ini Mahkamah putuskan rayuan akhir Peter Anthony 27 Nov ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Mahkamah putuskan rayuan akhir Peter Anthony 27 Nov ini
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak di UMS akan diputuskan pada 27 Nov ini.
![Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721285586_PeterAnthony.jpg)
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.
![Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664195726_TBNAJIB.jpg)
Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal
Pendakwa Raya failkan permohonan mencelah dalam rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan Laidlaw yang mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Najib dalam kes SRC International.
![Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661228541_TBSHAFIEABDULLAH.jpg)
Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee
Kelibat Mohamed Shafee itu dilihat memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/71513137166_DatukZaidIbrahim.jpg)
Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim
Zaid berkata, firma itu telah menerima keputusan bekas perdana menteri itu dengan hati terbuka untuk memberhentikan khidmat firma guamannya.
![Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655734918_NajibRazak.jpg)
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.