Hakim Mahkamah Tinggi 'berprejudis keras' terhadap seorang daripada empat tertuduh yang disabitkan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya semasa perbicaraan, demikian Mahkamah Rayuan diberitahu pada Rabu.
Peguam M. Stanislaus Vethanayagam yang mewakili R. Kathavarayan berhujah bahawa peguam baharu anak guamnya, Hasshahari Johari Mawi, tidak diberi masa mencukupi untuk mengambil alih peranan sebagai peguam bela.
Pada awal Disember 2012, peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili Kathavarayan selepas keterangannya (Kathavarayan) di mahkamah berbeza dengan arahan yang diberikan kepada beliau (Ravi).
Kathavarayan memberitahu mahkamah bahawa bekas majikannya, N. Pathmanabhan, berada di ladang pada hari pembunuhan dikatakan berlaku tetapi keterangannya bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh dua orang lagi tertuduh, T. Thilaiyalagan dan R. Matan, yang memberi keterangan bahawa Pathmanabhan tidak berada di ladang pada hari berkenaan.
Lima peguam mewakili Kathavarayan sejak perbicaraan di Mahkamah Tinggi hingga perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Stanislaus berkata hakim perbicaraan meneruskan prosiding walaupun Hasshahari tidak membawa apa-apa dokumen mahkamah, kecuali laporan polis.
Beliau berkata hakim tergesa-gesa melantik peguam baharu bagi Kathavarayan dan menekankan bahawa peguam harus bersedia dalam masa kurang 10 hari, yang merupakan amalan luar biasa dalam melaksanakan budi bicara.
"Hampir 90 saksi telah memberi keterangan membabitkan 10,000 muka surat nota keterangan. Ia adalah mustahil walaupun bagi peguam-peguam terbaik dengan kepantasan membaca untuk membaca dan memahaminya," kata beliau.
Peguam itu turut mempersoalkan sama ada Kathavarayan berada dalam keadaan sihat kerana dia kelihatan kurang sihat sepanjang masa perbicaraan itu.
"Dia dimasukkan ke hospital lebih dua bulan. Ini berlaku selepas dia didakwa. Terdapat bukti mengenai penyeksaan teruk dan rawatan kurang memuaskan semasa ditahan hampir 50 hari.
"Beberapa kali semasa perbicaraan, dia batuk dengan teruk sehinggakan hakim perbicaraan memberitahu mahkamah bahawa dia perlu dihantar ke hospital kerana khuatir mereka yang berada di mahkamah akan terkena jangkitan Tibi," katanya sambil menambah kata Kathavarayan akhirnya didiagnosis menghidap Tibi.
Stanislaus berkata tiada satupun perkembangan itu termasuk kemasukan Kathavarayan ke hospital, direkodkan dalam nota keterangan yang dianggap penting untuk menunjukkan ketidakhadirannya selain dia tidak tahu tentang prosiding itu.
"Kathavarayan tercicir keterangan-keterangan itu dan peguam baharu yang mengambil alih tidak mempunyai akses terhadap nota keterangan pada perbicaraan peringkat ini," kata beliau.
Menurutnya Kathavarayan harus dibebaskan kerana berlakunya salah laksana keadilan terhadap anak guamnya itu.
Selain itu, katanya mahkamah harus mempertimbang untuk mengadakan semula perbicaraan.
Bekas peguam Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang Thilaiyalagan, 23, Matan, 24, dan Kathavarayan, 35, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.
Perbicaraan itu di hadapan barisan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Aziah Ali, bersambung pada Khamis.
Bernama
Wed Aug 12 2015
Peguam mewakili R. Kathavarayan (tengah) berhujah bahawa peguam baharu anak guamnya, Hasshahari Johari Mawi, tidak diberi masa mencukupi untuk mengambil alih peranan sebagai peguam bela. - Gambar Fail
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Kes Sosilawati: Seorang tertuduh alami 'prejudis keras' semasa perbicaraan
Hakim Mahkamah Tinggi 'berprejudis keras' terhadap seorang daripada empat tertuduh dalam kes itu, Mahkamah Rayuan diberitahu pada Rabu.