SHAH ALAM: Peguam Selangor FC Haijan Omar mendedahkan sehingga kini anak guamnya yang juga tonggak Harimau Malaya Faisal Halim tidak dimaklumkan perkembangan siasatan kes simbah asid bulan lalu.
Namun begitu, pihaknya yakin polis sedang melakukan siasatan secara profesional dalam usaha mengheret pelaku ke muka pengadilan.
“Kami mempunyai keyakinan penuh polis sedang melakukan siasatan dengan terbaik dan tahap profesionalisme tinggi.
"Saya percaya polis boleh mengheret pelaku pada masa sama kami akan membantu beri kerjasama kepada polis.
“Melihat kepada kronologi termasuk senjata digunakan adalah asid amat jelas dan kami percaya ia adalah keadaan yang sesuai untuk sesuatu siasatan di bawah kesalahan jenayah serius Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata bahaya atau Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas percubaan membunuh.
“Saya percaya polis lebih pakar untuk tahu apa akta lebih sesuai untuk dijalankan atas kes ini,” katanya semasa sidang media bersama Faisal di Pusat Latihan Pasukan Bola Sepak Selangor.
Beliau dimaklumkan kali terakhir Faisal didatangi pihak polis ialah semasa anak guam menerima rawatan di ICU.
Dalam perkembangan sama beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi susulan kejadian itu termasuk mendengar cerita yang belum pasti kesahihannya di media sosial.
Selain itu, Haijan berkata akan mewakili anak guamnya dengan pihak berkuasa untuk mengetahui perkembangan terkini siasatan kes simbahan asid itu.
“Dari semasa ke semasa, kita akan sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan siasatan membabitkan kes itu," katanya.
Serangan pada 5 Mei lalu itu menyebabkan pemain Selangor FC dan Harimau Malaya itu mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Faida Rahim
Thu Jun 13 2024
Haijan (kanan) ketika sidang media bersama Faisal (dua, kanan) di Pusat Latihan Pasukan Bola Sepak Selangor, hari ini. -Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Piala FA: Mickey mungkin beraksi
Ketua jurulatih Selangor FC beri bayangan Faisal Halim mungkin diturunkan menentang JDT dalam Piala FA malam ini.
Pestabola Merdeka: 26 pemain ke kem latihan pusat, Faisal Halim tiada dalam senarai
Pengurus Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang temasya Pestabola Merdeka 2024.
Faisal Halim akui prestasi positif, namun perlu masa capai tahap maksimum
Faisal Halim berkata bahawa aksi 45 minit yang ditampilkan pada babak pertama perlawanan semalam bukanlah persembahan terbaiknya.
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
Topeng Faisal Halim direka khas penyelidik Universiti Malaya
Ia rekaan khas sekumpulan penyelidik dari UM hasil kajian melalui BioApps berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.