Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain berkemungkinan diselesaikan secara baik.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Peguam C.K Lew, yang mewakili Mustapa, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
Lew berkata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili keempat-empat defendan itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mencadangkan supaya kes saman berkenaan diselesaikan secara baik.
Keempat-empat defendan itu ialah parti PAS, Mustafa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS, Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Pengarang akhbar online itu, Azmi Yusof.
Namun, Lew berkata kedua-dua pihak masih lagi berbincang mengenai terma penyelesaian.
Peguam itu berkata sekiranya kes itu tidak dapat diselesaikan secara baik, mahkamah menetapkan dua hari bermula 12 Nov untuk perbicaraan dan 7 Okt untuk pengurusan kes.
Sementara itu, peguam Termizi Abdullah, yang mewakili Husam, berkata anak guamnya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Mustapa dalam masa terdekat untuk berbincang sama ada menyelesaikan kes itu secara baik ataupun sebaliknya.
Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH dalam ceramah politik Husam di Tapak Ekspo Machang, Kelantan, 23 Mac 2013.
Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitkan perkataan fitnah itu menerusi harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman sesawang berkenaan.
Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti serta menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.
Beliau memohon ganti rugi untuk libel, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan.
Bernama
Wed Sep 30 2015
![Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435306700_MUSTAPHAMOHAMED.jpg)
Mustapa memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435306700_MUSTAPHAMOHAMED.jpg)
Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed.
![Felda tidak akan bersaing dengan syarikat lain Felda tidak akan bersaing dengan syarikat lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41382369282_295x200.jpg)
Felda tidak akan bersaing dengan syarikat lain
Kerajaan memberi jaminan penjualan saham FHB yang dimiliki KPF kepada FGVH tidak menjejaskan komuniti peneroka.
![FGV mulakan pengeluaran komersil biodiesel di Kuantan FGV mulakan pengeluaran komersil biodiesel di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81359785662_295x200.jpg)
FGV mulakan pengeluaran komersil biodiesel di Kuantan
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merancang memulakan pengeluaran komersil biodiesel di kilangnya di Kuantan bulan depan.