KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor telah memasukkan memorandum kehadiran dalam kes saman difailkan sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan terhadapnya bagi menuntut AS$14.57 atau RM67.46 juta, atas dakwaan melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat itu yang diserahkan kepadanya lima tahun lepas.
Peguam Rajivan Nambiar, yang mewakili isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata pihaknya memfailkan memorandum itu pada 2 Mei lepas.
"Oleh itu, mahkamah menetapkan sebelum atau pada 2 Jun depan untuk Datin Seri Rosmah memfailkan pernyataan pembelaan atau apa-apa permohonan interlokutari," katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rini Triany Muhamad Ali, hari ini.
Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili Global Royalty Trading SAL selaku plaintif mengesahkan defendan (Rosmah) perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Jun.
Pada 29 Mac lepas, Global Royalty, yang berpangkalan di Beirut memfailkan saman itu terhadap Rosmah, 71, selepas mendakwa wanita itu telah berbohong dengan menyatakan bahawa 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh seorang ejen syarikat itu kepadanya telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurut syarikat itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis, dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa itu.
"Oleh itu, defendan telah gagal dan cuai untuk memulangkan kepada plaintif baki 43 barang kemas berjumlah US$14.57 juta kepunyaan plaintif yang telah diserahkan kepada defendan pada 10 Feb 2018," dakwa Global Royalty menerusi pernyataan tuntutannya.
Menurut plaintif, berdasarkan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh Rosmah bertarikh 22 Mei 2018, beliau mengakui bahawa barang kemas itu berada dalam simpanannya, dan kemudian disita oleh Kerajaan Malaysia.
"Bagaimanapun dalam usaha syarikat untuk mendapatkan semula 44 barang kemas daripada Kerajaan, hanya satu daripada 44 barang kemas dapat dikenal pasti dan diambil semula oleh wakil yang dilantik oleh plaintif daripada kerajaan," kata plaintif dan memaklumkan bahawa barang kemas itu ialah rantai tangan zamrud berlian.
Plaintif mendakwa defendan telah memperdayakan plaintif dengan mengalihkan beban kepada Kerajaan Malaysia, sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.
Pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Rosmah dan menuntutnya memulangkan kembali 44 unit barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta.
Bagaimanapun, saman itu ditarik balik pada 2019 kerana syarikat itu perlu mengesahkan sekiranya 44 barangan kemas itu berada dalam simpanan Bank Negara Malaysia atau tidak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili Global Royalty Trading SAL selaku plaintif mengesahkan defendan (Rosmah) perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Jun. - Gamnbar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kes saman barang kemas: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 2 Jun
Rosmah perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Jun.